Saturday, November 29, 2008

MENYELUSURI JALAN TARBIYYAH...

"Kasim cepat bangun dah azan subuh ni". bentak Ramli kepada sahabat baiknya. "nta pergi dulu nanti ana follow" balas kasim, dalam keadaan mata terpejam.
"Ok,tapi jangan tak pi plak lepas solat ada kuliah subuh kat masjid.hari ni Ustaz shaharul bagi kuliah", balas Ramli dengan nada kecewa.dia tahu benar perangai sahabatnya yang sorang ni. memang liat untuk solat subuh.
walaupun mereka sudah lama berada dalam persatuan islam, sama-sama menjalankan program-pogram berbentuk dakwah ammah yakni dakwah umum kepada masyarakat kampus. namun perangai kasim taidak pernah berubah. sememangnya tidak dapat dinafikan Kasim seorang yang sangat aktif dalam menjalankan kerja-kerja dakwah, begitu bersemangat,tapi dia lupa akan hubungannya dengan Allah swt.
"aloh la toksoh dok koya nok wat kijo islam la kalu smaye subuh telajok sokmo, tarbiyyah gapo lagu tuh, lagumano gak islam nak mene lagunih" keluh Ziam (bukan nama sebenar), seorang sahabat yang sama-sama berjuang menegakkan agama Allah di kampus.
sememangnya tidak dapat dinafikan kadang-kadang mereka-mereka yang memperjuangkan agama Allah swt lupa akan tanggungjawab kepada Allah swt. Bukan sahaja melibatkan solat subuh sahaja akan tetapi merangkumi semua aspek ibadah sama ada ibadah yang wajib mahupun ibadat sunat. penulis teringat akan kata-kata yang ternukil didalam buku "Bidayatul Hidayah" tulisan Al Iman Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. yang berbunyi "Ketahuilah olehmu bahawa perintah Allah itu ada yang fardu (wajib) dan ada yang sunat. yang fardhu itu adalah modal iaitu asas perniagaan. dan dengan yang modal ini kita akan selamat, sedangkan yang sunat itu adalah keuntungan dan dengan keuntungan itu kita akan mendapat beberapa darjat kelebihan".
sebagai seorang pendokong islam, mereka seharusnya faham hanya mereka yang betul betul beriman dan beramal soleh, dan dalam konteks ini mereka yang rapat dengan yang Maha Pencipta sahaja yang akan berjaya menegakkanagama Allah.
sepertimana Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 55:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)".

oleh itu kepada pendokong-pendokong islam, bersama-sama lah kita muhasabah diri, setakat mana hubungan kita dengan Allah swt..sama-samalah kita MENYELUSURI JALAN TARBIYYAH demi kemenangan Islam...

Friday, November 21, 2008

Projek Sarjana Muda-suatu kebebasan

Alhamdulillah... itulah ungkapan yang penuh hikmah yang keluar dari mulut penulis setelah selesai sesi soal jawab atau 'presentation' projek akhir sarjana muda 18 november lepas. setelah berperang sepanjang satu semester menyiapkan projek ini, akhirnya penulis dapat menarik nafas lega kerana projek boleh dikatakan dapat disiapkan dengan jayanya. terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu menyiapkan projek ini. tidak lupa jugaa kepada penyelia yang banyak memberi tunjuk ajar. cuma tinggal satu benda lagi yang belum selesai, kerja-kerja menulis tesis belumpun mencapai 80 %. nampaknya cita-cita penulis untuk balik awal ke kampung terpaksa dilupakan. masih belum ada tanda-tanda tesis sapat disiapkan dalam masa terdekat kerana sibuk dengan program-program sempena cuti semester. terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat seperjuangan kerana membantu dalam menyiapkan projek "Malaysia Improvise Rapid All-weather Shelter"(MIRAS III)..wassalam..

Saturday, November 1, 2008

TOKOH PEJUANG ISLAM

Ulama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh Lahir: 1931

Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :

  • Pondok Tuanguru Hj Abbas, BesuT
  • Universiti Deoband India
  • Universiti Lahore Pakistan
  • Universiti Al Azhar
  • Sarjana Muda bahasa Arab
  • Sarjana Perundangan Islam

Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

  • Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.
  • Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.
  • "Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
  • Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.
  • Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.
  • Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

Sunday, October 26, 2008

BANGANG @ JAHIL????

“Disini kau dan aku terbiasa bersama menjalani kasih sayang bahagia ku dengan mu….”..bunyi nada dering lagu nyanyian pelakon terkenal indonesia Irwansyah(bukan azwan) bergema. Mona (nama sebenar) cepat-cepat menggapai hanset biarpun lagu nada dering belum habis pun satu rangkap, umpama orang afrika yang kelaparan berebut sekeping roti akibat berbulan-bulan tidak menjamah makanan.
“halo sayangku mona abang dah ada kat depan pintu pagar ni cepat lah keluar penat abang tunggu tau” terdengar suara lelaki(jantan) dari corong hanset.
“ ala abang ni dah lama Mona tunggu baru sekarang sampai,tak nak la Mona keluar ngan abang kalau macam ni” balas Mona(merajuk la konon).
“maafkanlah abang Mona…abang bukan sengaja lambat,motor abang buat hal tadi”. Balas Zaki (nama sebenar) memujuk kekasih hatinya Monalisa.
“Ok …abang janji tau…pasni jangan buat lagi…” balas Mona (selepas pura-pura merajuk).
“ok sumpah abang tak buat lagi sayang..tapi cepatla turun.. dari tadi pak guard duk jeling-jeling kat abang ni..abang tunggu kat depan pintu pagar ni ye..”. balas zaki sambil tersenyum apabila berjaya memujuk kekasihnya untuk keluar bertenggek menaiki motor kapcainya. Zaki dan Mona adalah salah satu pasangan yang sedang aktif bercouple dikalangan bepuluh-puluh pasangan couple malah beratus-ratus dan mungkin juga beribu-ribu pasangan couple disebuah institusi pengajian tinggi. Kedua-duanya masih menuntut yakni masih lagi belajar. Dialog diatas meggambarkan satu trend yang sedang berlaku di UTHM(nama sebenar). Dan tidak keterlaluan jika dikatakan berlaku diseluruh Universiti di Malaysia Khususnya . budaya couple adalah satu wabak negative yang sememangnya melanda remaja. Dan kalau nak diceritakan skop couple ni sampai 100 muka surat pun tak habis semuanya negatif sampai boleh buat berjilid-jilid tesis. Disini penulis hanya nak fokuskan trend couple dikalangan siswi-siswi yang masih tinggal di kolej kediaman. Acapkali kita lihat golongan couple ni akan keluar dengan pasangan masing-masing samaada dengan bertenggek menaiki motosikal jantan durjana, atau menaiki kereta jantan yang juga durjana bagi yang ada kereta. Suatu yang menarik, jika dilihat daripada dialog diatas. Sang Romeo ,apabila mengajak si Juliet keluar bertenggek ( kalau bahasa Kelantan monggek,bahasa teganu ngepong..bahasa jawa tak tau plak..) mereka akan menunggu buah hati didepan pintu pagar kolej kediaman bagi kediaman Melewar dan Perwira. Bagi yang tinggal di kolej kediaman TDI dan TF pula jantan durjana akan menunggu dipondok menunggu bas didepan pintu masuk utama UTHM.
Persoalan utama mengapa pasangan couple ini menjadikan kawasan-kawasan diatas sebagai destinasi pertemuan cinta mereka sebelum bersama-sama bertenggek menuju kejalan Maksiat???? Jawapannya sebab dalam perlembagaan AUKU, melarang pasangan lelaki dan perempuan berdua-duaan menaiki motosikal didalam kawasan universiti atau Kolej kediaman. Jadi dengan tawadhuknya golongan Couple ini mengikut arahan itu dengan patuh dan setia umpama Hang Tuah yang begitu taat pada sultan Melaka. TETAPI ADAKAH MEREKA SEDAR??? SECARA JELAS DAN TERANG MERAKA TELAH MELANGGAR LARANGAN ALLAH SWT??? Sudah jelas dan terang Allah swt melarang umat islam JANGANLAH MENGHAMPIRI ZINA???? Takkanlah mereka yang boleh dikatakan golongan cerdik pandai tidak pernah mendengar akan larangan yang begitu popular daripada Jurutera Manusia yakni Allah SWT.???? Ataukah mereka terlalu JAHIL dan tidak tahu akan larangan ini??? Bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mhahram bukankah HARAM??? Apakah yang akan berlaku apabila mereka sama-sama bertenggek diatas motor??? Dan banyak lagi peristiwa yang pastinya berlaku membawa mereka kelembah kehinaan.. Itulah persoalan yang ingin penulis rungkaikan.apakah golongan cerdik pandai(kononnya la..) tidak dapat membezakan antara Undang-undang manusia dan Undang-undang ALLAH SWT. Mereka begitu takut untuk melanggar undang-undang manusia. Tetapi dengan mudah mengetepikan Perintah ALLAH SWT. Penulis sengaja menggunakan tajuk artikel ini “BANGANG ATAU JAHIL”….ASTAGFIRULLAHH….YA ALLAH BERIKANLAH MEREKA PETUNJUK DAN HIDAYAH MU….

Monday, October 20, 2008

SEEKOR PERAHU, SEBUAH KETAM DAN SEBIJI LAUTAN.

Teringat satu kisah di bulan puasa lepas.ketika sedang asyik berehat dia atas sofa dan dibawah kedinginan pusingan kipas yang cukup nyaman melupakan kelaparan dan kehausan pada tengahari yang panas.
Tiba-tiba penulis dikejutkan oleh satu suara yang agak dikenali.seorang lelaki separuh umur yang baru pulang dari menangkap ketam meminta untuk membantunya menarik perahu kekawasan daratan. memang terasa sangat bahang kepanasan dibawah terik fana mentari. macamana agaknya keadaan di tengah laut yang terbentang luas, mungkin tahap kepanasan yang lebih tinggi. macamana nelayan-nelayan dapat mencari rezeki dalam keadaan sebegitu.
Sungguh tinggi tahap pengorbanan lelaki tua ini getus hati kecil ku. tengahari itu penulis hampir pitam kerana tidak tahan kepenatan menolak perahu untuk naik kedarat. penatnya tuhan saja yang tahu, penat ,dahaga..hasil tangkapan cukup membanggakan, sememangnya pada bulan september merupakan musim menangkap ketam. ketam-ketam yang diperolehi seperti ketam rimau, ketam bintang dan bermacam-macam lagi jenis ketam yang berbentuk karipap pun ada. sungguh besar anugerah ALLAH swt kepada mausia, sebidang laut yang terhampar luas memberi rezeki kepada manusia. aku kembali melihat lelaki tua itu, setahu aku dia tak pernah merungut kepenatan walaupun terpaksa meredah lautan mencari rezeki membesarkan aku sekeluarga, walaupun dalam bulan puasa sekalipun.
Sungguh besar tahap pengorbanan, yang mustahil dapat ku balas. lelaki tua itu tak lain dan tak bukan adalah ayah ku. perjuangan mencari rezeki dilautan penuh dengan cabaran dan rintangan, bahaya dilanda ribut, gelombang yang mengganas dan hanya berbekalkan SEEKOR PERAHU ditengah SEBIJI LAUTAN luas untuk mencari SEBUAH KETAM.
Perjuangan menuntut satu pengorbanan yang sangat besar, perjuangan didalam menegakkan agama ALLAH swt menuntut satu pengorbanan daripada pendokong-pendokongnya. pelbagai mehna dan tribulasi terpaksa dihadapi. bezanya perjuangan mencari rezeki dilautan hasilnya akan diperolehi secara terus manakala perjuangan menegakkan agama ALLAH swt hasilnya akan dituai diakhirat kelak. hakikatnya kisah 'SEEKOR PERAHU, SEBUAH KETAM DAN SEBIJI LAUTAN' memberi suatu kesedaran yang jelas dalam hidup ku.

Monday, October 13, 2008

"ARUS KEBANGKITAN MAHASISWA,BUKAN OMONG KOSONG"

salam ukhwah,salam pembukaan,setelah hampir sebulan menyepi.akhirnya terdetik dihati penulis utk mencoretkan secubit diruangan blog ini ekoran dari bahang kepanasan Pilihan Raya Kampus.sepertimana sebelum ini, election pada kali ini dilihat akan membawa satu impak yang amat besar dalam sejarah PRK,mungkin ianya disebabkan gelombang PRU yang berlaku. oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa KEBANGKITAN MAHASISWA BUKANLAH SATU OMONG KOSONG. kenyataan saya ini adalah berasas apabila berlakunya perubahan yang amat besar apabila KPT mengumumkan PRK diadakan 2 peringkat. malah banyak lagi perubahan yang dilakukan bagi mengongkong kebangkitan mahasiswa yang mula berfikir diluar kepompong kejumudan seperti sebelum ini apabila dibutakan oleh pentadbiran universiti.ayuh bangkitlah mahasiswa,buktikan makna sebenar "MAHASISWA ".

Sunday, September 14, 2008

BESAR TAK SEMESTINYA KUAT,KECIL TAK SEMESTINYA LEMAH

"BESAR TAK SEMESTINYA KUAT,KECIL TAK SEMESTINYA LEMAH" Penulis teringat akan mutiara kata ini yang keluar daripada ungkapan seorang sahabat suatu ketika dulu, ungkapan ini dikeluarkan untuk menyanggah pendapat seorang sahabat lain yang mempertahankan pendapat bahawa sesuatu yang besar akan menghasilkan kekuatan yang SUPER.
Memang betullah ungkapan ini bahawa sesuatu yang besar taksemestinya kuat,kecil x semestinya lemah. Ini berdasarkan peristiwa perang Badar Al-kubra yang mana dalam peperangan ini umat islam yang hanya seramai 313 berjaya menumbangkan tentera kafir Quraisy yang seramai 1000 orang. Peristiwa ini yang berlaku dalam bulan Ramadhan, membuktikan bahawa kejayaan akan dicapai bukan dengan ramainya bilangan dan juga bukan dengan besarnya kekuatan Zahiriah, akan tetapi memerlukan kekuatan dari segi Kualiti batiniah.
Apa yang kita lihat pada hari ini, umat islam sememangnya diantara yang paling ramai di dunia. Akan tetapi bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kekuatan kepada umat islam. Akan tetapi umat islam terus ditindas, dihina di perlekeh,diperbodohkan malah umat islam ditindas dan dihalau dibumi sendiri. Tengok sahaja dipalestin, tanah umat islam dirampas malah umat islam dibunuh. Dimana negera-negara islam yang lain pada masa itu???? Membiarkan sahaja saudara seagama diperlakukan seperti …tak sanggup…terdetik didada penulis..tak sanggup mencoretkan perkataan itu.. Maka terbuktilah ingatan Rasulullah : Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". Memang betullah apa yg dikatakan Rasulullah umat islam pada hari ini lebih kurang 1000 juta kira-kira 1/5 penduduk dunia. Akan tetapi umat islam terus diperlekeh dan dipersenda oleh bangsa lain. Kekalahan dan kelemahan umat islam adalah berpunca dari sikap umat islam sendiri iaitu dihinggapi penyakit wahan. Iaitu gabungan dua unsur yang bahaya iaitu “cintakan dunia” dan “takut mati”. “cintakan dunia” bermaksud tamak,rakus,bakhil dan tidak mahu mendermakan harta dijalan Allah swt. “takut mati” pula ialah leka dengan kehidupan dunia tanpa persiapan menghadapi hari akhirat serta tidak ada perasaan memperjuangkan agama Allah swt……oleh itu umat islam sekalian,ayuh bangun buktikan bahawa kita umat islam yang ‘‘BESAR DAN SEMESTINYA KUAT’’.
jom sertai pas