Teringat satu kisah di bulan puasa lepas.ketika sedang asyik berehat dia atas sofa dan dibawah kedinginan pusingan kipas yang cukup nyaman melupakan kelaparan dan kehausan pada tengahari yang panas.
Tiba-tiba penulis dikejutkan oleh satu suara yang agak dikenali.seorang lelaki separuh umur yang baru pulang dari menangkap ketam meminta untuk membantunya menarik perahu kekawasan daratan. memang terasa sangat bahang kepanasan dibawah terik fana mentari. macamana agaknya keadaan di tengah laut yang terbentang luas, mungkin tahap kepanasan yang lebih tinggi. macamana nelayan-nelayan dapat mencari rezeki dalam keadaan sebegitu.
Sungguh tinggi tahap pengorbanan lelaki tua ini getus hati kecil ku. tengahari itu penulis hampir pitam kerana tidak tahan kepenatan menolak perahu untuk naik kedarat. penatnya tuhan saja yang tahu, penat ,dahaga..hasil tangkapan cukup membanggakan, sememangnya pada bulan september merupakan musim menangkap ketam. ketam-ketam yang diperolehi seperti ketam rimau, ketam bintang dan bermacam-macam lagi jenis ketam yang berbentuk karipap pun ada. sungguh besar anugerah ALLAH swt kepada mausia, sebidang laut yang terhampar luas memberi rezeki kepada manusia. aku kembali melihat lelaki tua itu, setahu aku dia tak pernah merungut kepenatan walaupun terpaksa meredah lautan mencari rezeki membesarkan aku sekeluarga, walaupun dalam bulan puasa sekalipun.
Sungguh besar tahap pengorbanan, yang mustahil dapat ku balas. lelaki tua itu tak lain dan tak bukan adalah ayah ku. perjuangan mencari rezeki dilautan penuh dengan cabaran dan rintangan, bahaya dilanda ribut, gelombang yang mengganas dan hanya berbekalkan SEEKOR PERAHU ditengah SEBIJI LAUTAN luas untuk mencari SEBUAH KETAM.
Perjuangan menuntut satu pengorbanan yang sangat besar, perjuangan didalam menegakkan agama ALLAH swt menuntut satu pengorbanan daripada pendokong-pendokongnya. pelbagai mehna dan tribulasi terpaksa dihadapi. bezanya perjuangan mencari rezeki dilautan hasilnya akan diperolehi secara terus manakala perjuangan menegakkan agama ALLAH swt hasilnya akan dituai diakhirat kelak. hakikatnya kisah 'SEEKOR PERAHU, SEBUAH KETAM DAN SEBIJI LAUTAN' memberi suatu kesedaran yang jelas dalam hidup ku.
No comments:
Post a Comment