Thursday, February 19, 2009

BERMULANYA SATU KISAH (episod akhir)…

“Ana baru pulang daripada Amerika Selatan dan singgah untuk bermalam disini dalam beberapa hari ni, dua bulan ana berada disana”, seloroh Dr Ibrahim, menghapuskan lamunan ku, aku sengaja mengerutkan kening sambil menganguk-nganguk menandakan aku memberikan perhatian kepada perbualan kami.bagi menjaga hati beliau .walhal aku sedang mengelamun..

“Oh Dr baru pulang dari Amerika Selatan, Dr buat ap disana”. Aku sengaja menghangatkan sesi perbualan,walaupun aku sebenarnya sudah dapat mengagak apa yang dilakukan Dr Ibrahim dan teamnya di salah satu benua yang terkenal dengan kehebatan Negara-negara yang menguasai bola sepak dunia. Siapa yang tak kenal brazil, argentina , Paraguay, Colombia dan seangkatan dengannya.

“ Tanggungjawab”, jawapan yang cukup ringkas, namun sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan. Kira-kira 23 billion neuron didalam otak ku mula bertindak menghasilkan cas-cas elektrik dan neurotransmitters. Tindak balas normal otak apabila mencari penyelesaian kepada sesuatu persoalan. mustahil Dr Ibrahim kesana sebagai petugas bantuan ataupun pegawai perubatan, setahu aku kat Amerika Selatan tak berlaku bencana alam dalam waktu terdekat ataupun peperangan. Yang pastinya yang sedang bergolak adalah kekejaman zionis ke atas Palestin. Umat islam Palestin pada waktu ini sangat-sangat memerlukan bantuan, samaada makanan ataupun perubatan. Dan yang pastinya Palestin bukanya berada di Amerika selatan.

“ana bersama sahabat-sahabat yang lain menjalankan misi dakwah, menyebarkan agama Allah, membawa manusia kepada ajaran islam yang sebenar”, Dr Ibrahim neneruskan bicara.segalanya telah terjawab, apa yang aku agak dari awal tadi memang benar. Aku menjeling dengan ekor mata ke bahagian belakang surau, kelihatan timbunan beg, cukup banyak. Menggambarkan mereka baru pulang dari bermusafir di suatu tempat yang jauh.

“ disana Dr buat kerja dakwah kat negara mana, Brazil ke”, aku sengaja mengemukakan soalan untuk mewujudkan interaksi dua hala.

“nta ni, kat Amerika Selatan nun banyak negara, nta tau Brazil saje ke,” balas beliau. Tajam sungguh jawapan yang diberikan, menusuk-nusuk ke lubuk hati.

“ Surinam, sebuah negara kecil di amerika selatan, dahulunya negara ni majoriti penduduknya mengganut agama islam tetapi akibat kurangnya penghayatan islam dan perubahan masa yang agak panjang, nilai-nilai islam mula terhakis. Islam hanya pada nama. Penghayatan islam yang tidak berlandaskan ilmu meghasilkan kesesatan. Nta tau tak kat sana terdapat dua arah kiblat, cukup menggambaran kebejatan islam yang berlaku” cukup panjang kata-kata Dr ibrahim. Namun penjelasan itu menghasilkan persoalan didalam diriku. Kenapa perlu berdakwah nun jauh disana. Sedangkan di negara kita sendiri agak teruk , keruntuhan akhlak menjadi-jadi, islam dipinggirkan, hukum islam dipersendakan, pemimpin yang jahil dan zalim di agung-agungkan, ulama’ dipersendakan, terlalu banyak kebobrokan yang berlaku di negeri tumpah darahku. Bukankah lebih utama menjalankan kerja-kerja islam di tanah air sendiri?. Aku bermonolog sendiri, namun aku biarkan ianya berlalu pergi.

“masyarakat kat sana terdiri daripada orang jawa” kata-kata Dr Ibrahim cukup mengejutkan aku. Cukup jauh orang jawa merantau. Setahu aku, dan semangnya cukup-cukup tahu kat johor cukup ramai orang jawa. Tiba-tiba terbayang wajah Arip, rakan serumahku merangkap anak johor tulen tapi tak pasti pulak dia ni orang jawa ke tak. Biasanya orang jawa suka makan tempe, tapi budak ni tak suka makan tempe, bukti kukuh yang menunjukkan Arip bukan orang jawa. Tapi tak semestinya tak suka makan tempe bukan orang jawa. Jehe orang kelantan suka makan budu, tapi zupi orang terengganu pun suka makan budu. Ameq,Orang kedah suka makan Toyu. Tapi Hasri orang Pahang semua dia suka, suka rasa. Kesimpulannya makanan kegemaran tidak cukup membuktikan identiti keturunan seseorang. Apa yang aku merepek ni, aku sudah jauh menyimpang dari tajuk asal.

“orang jawa ni sebenarnya berasal dari tanah jawa, mereka dibawa oleh orang eropah ke Amerika Selatan untuk dijadikan buruh, dan pada masa tu mereka ni beragama islam,” Dr

Ibrahim menyambung perbualan. Merungkai persoalan yang bermain dibenak fikiranku.

“selama dua bulan ana kat sana, keadaan dah teruk sangat, agama kristian pun dah mula bertapak, semakin hari semakin ramai orang islam dimurtadkan, Akidah mereka sangat rapuh, serapuh-rapuhnya. Ana sangat sedih melihat keadaan disana, kalau kami yang tak mengambil peranan ni siapa lagi”, Dr Ibrahim terus mengulas.kalau nak diikutkan isu murtad di Malaysia pun sangat teruk. Saban hari dicatatkan kadar kes murtad dinegara kita amat membimbangkan cumanya tidak di hebahkan media. Teringat kes permohonan Azlina Jailani yang memohon untuk tukar agama suatu ketika dulu yang menggegarkan seluruh negara. Agama-agama lain sudah berani mencabar agama Islam,. Dimana silapnya??? Bukan sahaja di Surinam malah dimalaysia lebih teruk. Kalau di Surinam a.k.a Amerika Selatan boleh di maafkan sebab mereka memang tak dikenali sebagai negara islam. Tetapi Malaysia yang kononya sebuah negara islam amat teruk dilanda taufan yang merosakkan akidah masyarakatnya.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu, baru aku teringat tadi aku datang surau dengan Faisal membonceng motosikalnya. Diluar kelihatan Faisal dengan muka tensen sedang menunggu sesuatu. Arip dan abangnya Hasri sudah lama berlalu pulang selepas selesai bersalaman dengan ahli surau.

“ok lah Dr ana balik dulu ada kerja sikit kat rumah, nanti kalau ada masa kita jumpa boleh sembang lagi” aku meminta diri untuk beredar sambil membanyangkan muka faisal yang tensen yang sedang menunggu diatas kapcainya diluar surau.

“ Boleh bagi nombor talifon nta tak, ingat pagi esok ana nak ziarah rumah nta, boleh kita sembang panjang lebar”. Belum sempat aku beredar Dr Ibrahim meminta nombor contact. Dan yang pastinya episod pertemuan ini tidak akan tamat disini sahaja. Dan juga aku teringatkan keadaan rumah yang huru hara, bersimpang siur, sememangnya sudah lama aku merancang untuk mengadakan gotong royong tetapi sampai sekarang belum dilaksanakan. Apakah mentaliti Dr Ibrahim apabila melihat rumah kami dalam keadaan macam tu. Kalau betullah kena buat gotong royong Ad Hoc ni. Bisik hatiku.

Sambil berjalan keluar aku membayangkan apakah lauk yang dimasak oleh Jehe dan Zupi. Suatu perkara yang pasti tiada lagi ikan kering, tiada lagi ikan pekasam. Masakan Jehe tiba-tiba sahaja berubah setelah episod pertama kisah ini dipaparkan. Daus dan Ameq tidak lagi bertegang urat dengan mereka. “zuhud bukan bermaksud kita meninggalkan terus dunia, tetapi jangan sampai kita terpaut dengan dunia”, ujar zupi amat berbeza dengan sebelum ini. Yang pasti perubahan ini membuatkan Daus dan Ameq tersenyum lebar. Diharapkan perubahan ini berkekalan

.

Fikirkan ku juga terbayangkan apa yang dibualkan dengan Dr Ibrahim, terlalu banyak input yang diperoleh. Deruan enjin kapcai semakin menghilang meninggalkan Surau Al-Ikhwan menuju ke Baitul Qura’.. (TAMAT)

Saturday, February 14, 2009

BERMULANYA SATU KISAH (episod 1)…

Selesai sahaja mengaminkan doa, para makmun berdiri dan beratur bersalaman sambil mengalunkan selawat. Inilah salah satu keunikan masyarakat johor, selesai sahaja solat berjemaah, wirid dan berdoa makmum akan bersalaman sambil berselawat membentuk bulatan.
“ huh baguslah keluar Barisan, mari sama-sama bentuk Bulatan”, Getus hati kecil ku. Tapi malam itu selesai saja solat maghrib , belumpun sempat aku bangkit untuk turut serta bersalam. Satu suara menyapa ku. Dan aku yakin bukannya Faisal teman sebilik aku, ataupun Jehe jauh sekali Zupi, Daus apakah lagi selesai sahaja solat terus blah, tiada sentimen sosial dengan masyarakat kampung. Rupanya pakcik yang berjubah putih yang dari tadi asyik perhatikan aku memanggil aku untuk duduk disebelahnya. Aku serba salah, “tak pergi kan kecil hati pulak pakcik ni”.aku bermonolog sendiri.
Sebenarnya, jika diikutkan niat dihati, selesai sahaja solat maghrib terus pulang makan malam di rumah, nasi yang dimasak oleh Jehe tengahari tadi masih ada berbaki cukup untuk makan empat orang jika menggunakan talam, hari ni giliran Jehe dan Zupi memasak. Satu yang aku tak puas hati,kalau giliran aku masak, habis cikai pun ayam masak pedas ke, masak kunyit ke, paprik ke. Tapi kalau bebudak dua orang ni masak asyik telur goreng dengan ikan kering, sekali sekala ikan pekasam. “Bab-bab makan ni kena zuhud sikit, ingat sahabat-sahabat kat Palestin nun,jangan sampai kufur nikmat” ujar Zupi. Ayat maut yang seringkali membunuh Daus dan Ameq dari terus bertegang urat dengan mereka. Macam-macam karenah sahabat seperjuanganku ni, mereka merupakan sahabatku yang bersama-sama berjuang dilapangan kampus..
“Enta nama apa”, pakcik tadi memulakan sesi ta’ruf.. “ saya Rizal’, jawab ku ringkas. “ rumah kat mana”, Tanya pakcik tu lagi. “oh, ana asal Kelantan, belajar kat UTHM, rumah sewa kat lorong belakang surau ni”, balas ku sedikit panjang lebar, melebarkan lagi perbualan kami, hasrat aku untuk pulang menyantap makan malam terbantut dek pertemuan yang tidak dirancang ini.
“ Nama pakcik Ibrahim, Doktor Ibrahim ,asal Teganu, Demo ni oghe klate, blaja lagi yo, bining pokcik pun oghe klate duk Pasir puteh, patut napok muko tok seghupo oghe johor pun”, balas beliau, tiba-tiba sahaja loghat bahasa berubah kepada dialeg Kelantan, walaupun agak kelakar, walaupun dialeg kelantan yang cuba ditiru tidak menjadi, tapi usaha Dr Ibrahim untuk cuba kecek Klate , sedikit sebanyak menarik minat ku untuk terus bersembang dengan beliau. Mungkin salah satu teknik sychology bagi menjerat aku untuk terus berbual dengannya. Salah satu elemen dakwah yang boleh dipraktikkan kepada mad’u-mad’u di kampus.
Sesekali aku melirikkan pandangan mata ke arah jemaah yang sedang bersalaman, daripada Barisan yang bersalaman terus Membentuk Bulatan sambil mengalunkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan beberapa orang yang berjubah putih berada didalam kumpulan tersebut, uniform agak sama dengan Dr Ibrahim.
"Ana baru pulang daripada Amerika Selatan dan singgah untuk bermalam disini dalam beberapa hari ni, dua bulan ana berada disana”, seloroh Dr Ibrahim, menghapuskan lamunan ku, aku sengaja mengerutkan keningkan sambil menganguk-nganguk menandakan aku memberikan perhatian kepada perbualan kami.bagi menjaga hati beliau .walhal aku sedang mengelamun.. (bersambung)
siapakah DR Ibrahim?apa kaitannya dengan Amerika Selatan, kenapa berada di Johor,nantikan kemunculan episod seterusnya..

Tuesday, February 10, 2009

JALAN MENUJU ALLAH

Aku impikan diriku yang sentiasa ghairah bertasbih . . Mengadu rindu padaNya . . MengasihiNya sepenuh jiwa dan raga . . MencintaiNya sekuat hati . . Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata . . Akibat rindunya aku kepada pencipta ku . . Akibat malunya kerana sering berbuat maksiat . . Akibat segannya aku kerana sering menipu . . Kecintaanku kepadaNya . . Aku impikan diriku . . Yang hatinya sentiasa bergetar . . Apabila nama Tuhan ku disebut . . Jantungku berdegup kencang . . Bila disebut azabnya . . Tetapi tenang semula bila diceritakan kasih sayangNya . . Yang Maha luas . . Aku impikan diriku . . Yang setiap detik mengingatiNya . . Akan nikmatnya yang tidak terhingga . . Kerana aku tiada apa-apa . . Dialah yang Maha Pemberi . . Aku impikan diriku . . Yang sentiasa bertawakkal kepadaNya . . Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku . . Maha suci dari menzalimiku . . Kerana Dia Penciptaku . . Yang penuh dengan Kecintaan kepada makhlukNya.
. .
jom sertai pas