Tuesday, March 31, 2009

Bisikan Laut China Selatan

Perjalanan waktu dirasakan terlalu laju sehinggakan tidak mampu untuk mengejar setiap detik yang berlalu. Detik-detik getaran jejarum masa tiga serangkai saling mengejar, walaupun hayunan tidak sama, langkah yang diatur tidak selari, namun setiap gerak tapak jejarum jam,minit dan saat terlalu laju dirasakan. minggu ke 13 menjengah pelajar-pelajar yang masih terkapai-kapai dalam menyiapkan projek dan "asignment". lebih perit bagi pelajar tahun akhir yang terpaksa merasai penangan PSM. ada sahabat yang tersenyum, ada yang muram , tidak kurang yang diam seribu bahasa. namun tersimpan seribu rahsia yang susah untuk dirungkaikan. sekadar memberi gambaran situasi dikampus apabila menghapiri penghujung semester.
hampir 6 tahun penulis berada diselatan tanah air ini, merantau mencari secubit ilmu dunia, mencari makna kehidupan yang penuh tipu daya. mencongak waktu yang masih ada, sisa-sisa perjuangan dikampus hampir sampai kepenghujungnya. Disinilah penulis mengenali sesuatu yang amat berharga bukan hanya ilmu dunia semata-mata. Menerobos alam akuarium menuju ke lautan ataupun sungai perjuangan.masih terlalu jauh jalan yang bakal ditempuh.
Lautan..tiba-tiba penulis teringat akan hamparan luas Laut China Selatan yang hanya beberapa meter jaraknya dari rumah penulis. dibesarkan berlatarbelakangkan hamparan ciptaan Ilahi yang membiru. Lautan dan pantai begitu sinonim dengan penulis. desiran ombak megiringi setiap detik kehidupan dikampung. namun selama 6 tahun berada di kampus selatan tanah air ini, bertemankan bunyi bingit deruan makhluk-makhluk besi yang tak bernyawa yang megeluarkan toksik yang bisa membunuh.terlalu merindui suasana kampung.
perlahan-lahan jari jemari menekan papan kekunci komputer mencari sesuatu. akhirnya terpapar keindahan alam yang bisa mengubat rindu penulis. inilah yang ingin dikongsi, hamparan pemandangan Laut China Selatan berdekatan rumah penulis. gambar ini adalah gambar sebuah Chalet yang berada lebih kurang 30 meter daripada rumah penulis. hayati keindahannya.

Sunday, March 29, 2009

UKHWAH BILA MUSIBAH

Kemalangan yang menimpa salah seorang sahabat cukup mengejutkan. Disebalik musibah terbabit tersirat seribu makna dan pengajaran,selain daripada membawa mesej supaya berhati-hati ketika berada dijalanraya, sama ada ketika memandu kereta ataupun menunggang motosikal. Dua kemalangan yang melibatkan sahabat seperjuangan dikampus yang boleh dikira dalam selang waktu yang tidak terlalu lama. pertamanya, betul-betul berlaku dihadapan penulis apabila motosikal yang ditunggang oleh sahabat terlibat dengan kemalangan. sahabat terbabit hanya mengalami cedera ringan, cukup sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang. Yang terbaru membabitkan seorang sahabat yang mengalami kecelakaan ketika memandu. mujurlah kecederaan yang dialami tidak berapa serius dan ditahan selama semalaman di hospital.

Apa yang ingin penulis cungkilkan disini adalah satu perkara positif yang dapat dilihat ialah ukhwah diantara sahabat. sebelum ini cukup susah untuk melihat sahabat-sahabat berkumpul bersama-sama. Amalan ziarah menziarahi rumah sesama sahabat seperjuangan jauh sekali. hanya berjumpa sekali seminggu untuk mendengar kuliah, itupun ada yang ponteng. Apabila berlakunya musibah pada sahabat, barulah dapat dilihat nilai-nilai ukhwah masih wujud. Diharapkan ikatan ukhwah diantara sahabat-sahabat wujud tanpa menunggu berlakunya perkara yang tidak diingini ataupun hanya wujud didalam program sahaja.

Monday, March 23, 2009

KAU MURABBI BUKAN SELEBRITI!

Seorang sahabat mengesyorkan satu artikel kepada penulis.sangat menarik, sesuai dengan keadaan dan situasi di kampus.sama-samalah kita hayati dan fikir-fikirkanlah..

Leaders are learners - pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin - when you stop learning, you stop leading. Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skla yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri. Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long - orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.

“Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?” tanya Pak Long pada satu hari. Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.

“Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu… betul-betul sudah kau amalkan?” Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati… malah saya takuti (kadang-kadang).

lilin

Namun begitu, Pak Longlah tempat saya ‘ziarah’ apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah ‘guru’ saya.
“Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan.”

“Jangan hanya berharap, berusaha!” pintas Pak Long. “Insya-Allah,” jawab saya pendek.

“Bagus tu. Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.”

Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.

“Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.”

“Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih ‘real’ daripada apa yang dialami orang lain.”

“Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan.” “Kenapa Pak Long?” “Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri.” “Kenapa Pak Long?” Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.

“Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci… muhasabahlah diri masing-masing.” “Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?”

“Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya ‘lebih sempurna’ sedikit daripada golongan yang diserunya.” “Kalau tidak?”
“Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani… tidak seperti yang mereka harapkan.” “Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!”

“Hujah lama,” balas Pak Long. “Tapi masih relevan… Pak Long,” saya seakan merayu. “Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana… Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu ‘melawan’. Pak Long bukan guru - kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’ - prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.

“Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?” “Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim…”

“Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib…siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?” “Islam Pak Long,” saya akur. Tunduk.
“Ya, itulah maksud Pak Long… pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. “ “Terimakasih Pak Long… selalu-selalulah ingatkan saya.” “Ingat pesanan Pak Long ni… pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!”

(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih ‘menikam’ saya!)

http://genta-rasa.com

Sunday, March 15, 2009

AKUARIUM SEBUAH PERJUANGAN

"jom beli ikan", kedengaran suara Arip dari luar bilik mengejutkan Syafiq yang asyik mengadap komputer.
eh mamat ni. baru semalam beli ikan laga, hari nak beli lagi, nak bukak kedai ikan ke apa. bisik Syafiq didalam hati.
"bukan semalam dah beli ke" Syafiq membalas dalam nada berbasa basi. Syafiq yang asyik meng'edit' blog dari tadi sebenarnya malas nak keluar memandangkan artikel terbarunya berkaitan dengan dakwah kampus belum habis ditulis.
"semalam ikan laga, hari ni ana nak beli ikan Gupi dua ekor,ikan Mas dua ekor,kura-kura dua ekor..." balas Arip.
Begitulah fenomena yang melanda BQ, hobi membela ikan mula menapak di BQ. Aquarium yang lama berhabuk didalam stor mula ceria diwarnai ikan-ikan yang bermacam warna dan bentuk.Memey, kucing belaan tradisi di BQ sering kali menjeling tajam kearah ikan-ikan yang berenang girang didalam akuarium. akan tetapi sejauh manakah istiqamahnya hobi baru ini?, mampukah ikan-ikan tersebut hidup, sekurang-kurangnya untuk semester ini.
Seekor demi seekor ikan belaan mati. dahulunya terdapat lebih kurang sepuluh ekor ikan, sekarang hanya tinggal empat ekor. yang tinggalpun dalam keadaan nazak. hari-hari yang dilalui penuh mencabar bagi ikan-ikan terbabit. yang tinggal sekarang hanya lah dua ekor ikan mas dan dua ekor ikan sepat. mampukan ikan-ikan ini bertahan sekurang-kurangnya untuk hari esok...
Sebenarnya apa yang ingin penulis gambarkan bukannya berkaitan hobi baru membela ikan, jauh sekali megenai cara-cara untuk membela ikan Mas ataupun kura-kura.
Penulis ingin mengajak kita sama-sama berfikir dan cuba mengaitkan kisah ikan yang tinggal didalam akuarium dengan lapangan perjuangan islam. sejauh manakah istiqamahnya kita dalam perjuangan ini. umpama ikan-ikan yang dahulunya banyak, namun apabila masa berlalu sekian waktu, yang tinggal hanya beberapa ekor sahaja yang tinggal.
Teringat akan sahabat-sahabat yang dulunya sama-sama berjuang dalam kerja-kerja dakwah dikampus, akan tetapi apabila saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu,minggu berganti bulan,bulan berganti tahun...yang tinggal bersama-sama dalam perjuangan hanya beberapa kerap sahaja.. yang lain hilang dalam kabus-kabus tebal yang mengabui mata yang menutup terus jalan yang dahulunya sama-sama berjanji setia untuk sama-sama mengharungi walaupun di landa taufan diitengah perjalanan sekalipun.
ini hanyalah satu cebis dugaan di lapangan kampus yang perlu dilalui sebelum melangkah ke lapangan yang lebih besar iaitu dilapangan masyarakat yang sebenar. yang berjaya mengharungi "mehna dan tribulasi" di lapangan kampus belum pasti berjaya dilapangan sebenar yang penuh mencabar. umpama ikan-ikan belaan Arip yang berjaya hidup beberapa minggu dalam akuarium, belum tentu ikan-ikan terbabit akan dapat hidup jika dilepaskan kesungai. boleh diumpamakan ikan sebagai pejuang-pejuang islam, akuarium dan sungai diumpamakan sebagai lapangan kerja dakwah, ikan -ikan yang berjaya hidup didalam akuarium belum pasti dapat hidup didalam sungai yang jauh lebih mencabar daripada kehidupan didalam kotak kecik lutsinar. begitu juga dengan para daie yang berjuang dikampus yang sangat kecil, belum pasti mereka dapat istiqamah apabila keluar ke lapangan sebenar yang terlalu besar dan jauh lebih mencabar.
sahabat-sahabat seperjuangan, marilah sama-sama kita berdoa supaya diberikan kekuatan untuk terus berada dilandasan yang betul dan lurus agar tidak terpesong daripada jalan perjuangan yang telah diikat janjinya bersaksikan Allah swt, walaupun berada di lapangan mana sekalipun samaada di dalam aquarium, sungai malah lautan sekalipun..
sebentar tadi penulis menjenguk akuarium.yang tinggal hanya dua ekor ikan sepat dan seekor ikan mas, seekor lagi telah tercicir daripada perjuangan.....

Thursday, March 12, 2009

ANAK NELAYAN PELAJAR TERBAIK SPM GAPAI 20A

Saat penulis mendapat tahu berita ini, terbit rasa bangga dalam diri bukan kerana pelajar terbabit mempunyai pertalian darah dengan penulis, jauh sekali mengenali pelajar ini. jika nak dibandingkan dengan pencapaian penulis jauh panggang dari api. akan tetapi rasa bangga ini terbit mungkin kerana latar belakang keluarga yang sama iaitu berasal daripada anak seorang nelayan. ya seorang anak nelayan, yang mana bapa terpaksa bertarung nyawa dilautan luas demi sesuap nasi. apapun syabas dan tahniah untuk Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal anda telah menaikkan sedikit martabat anak nelayan, dan menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak yang lain, syabas sekali lagi.
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Image

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

Image "Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. Image

"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau. - mj

Tuesday, March 10, 2009

SELOKA PENDEKAR MELAYU

MENTERI PELAJARAN KATA ="TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA", sambil menjulang kerisnya...(bahasa melayu hilang didunia x pe...yang penting PPSMI tetap jalan kalau tak habislah ak,mcmana nak menang jawatan naib perisiden umno..-bisik hati kecilnya) MENTERI PELAJARAN KATA= "BERANI DIORANG NAK LAWAN AKU, TAKKAN PPSMI HILANG DIDUNIA"..
KHAIRY KATA ="LEBIH-LEBIH PULAK MAMAT NI..CIUM LA PUAS-PUAS KERIS TU,PASNI X DE PELUANG DAH"(akan ku rampas jawatan KETUA PEMUDA) MENTERI PELAJARAN KATA = "HIDUP-HIDUP PPSMI" !!! "HANCUR-HANCUR BAHASA'....

Saturday, March 7, 2009

KEGANASAN POLIS TERHADAP ORANG AWAM

Lihat dan perhatikan bertapa dangkalnya apa yg berlaku, rakyat yang ingin menyuarakan bantahan secara aman terhadap kebajikan masa depan anak-anak bangsa pun di jamu dengan bom-bom pemedih mata.. bukan itu sahaja malah dipukul dan ditangkap..fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia...
http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/12/zalim77.jpg
Protesters run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009. AP Photo

Protesters run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009. AP Photo

A protester covers himself as he runs away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo

A protester covers himself as he runs away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo

A protester runs away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against  the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo

A protester runs away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo

A protester throws back a tear gas which fired by riot police during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo

A protester throws back a tear gas which fired by riot police during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.AP Photo

Protesters run away as Malaysian riot police fire tear gas during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009. AP Photo

Protesters run away as Malaysian riot police fire tear gas during a protest against using English for mathematics and science teaching in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009. AP Photo

Protesters run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science  in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.

Protesters run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against the use of English to teach math and science in Kuala Lumpur, Malaysia, Saturday, March 7, 2009.

Monday, March 2, 2009

Pendirian Kelab Iqra UTHM berkaitan isu pembinaan masjid baru

Putrajaya, 26 Feb – Presiden Kelab Iqra UTHM saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman bersama wakil Pro Mahasiswa UTHM telah membuat keputusan untuk turun bertemu Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan sendiri surat rayuan berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM. Tujuan surat itu di berikan adalah tidak lain tidak bukan sebagai simbol rayuan di peringkat mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia supaya pembinaan masjid UTHM tetap di bina di tapak yang asal. Sebelum ini isu pembinaan masjid telah di anggap selesai memandang hampir 90% mahasiswa dan staf warga kampus bersetuju masjid di bina di tapak asal.

Namun sedikit mendukacitakan apabila mengetahui ura-ura perubahan tempat lokasi pembinaan masjid baru tersebut. Justeru itu, Kelab Iqra berpendirian bahawa perkara ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi. Rombongan yang terdiri daripada Presiden Kelab Iqra, ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM dan aktivis Iqra tiba di Kementrian Pengajian Tinggi pada jam 12 tengahari. Walaubagaimanapun sedikit rasa terkilan kerana ketiadaan menteri dan surat rayuan hanya dapat di serah kepada pegawai yang bekerja di pejabat tersebut..

“Apa yang kami harapkan adalah di peringkat Menteri dapat mempertimbangkan perjelasan yang kami berikan berkaitan isu ini. Kami sedaya upaya cuba memberikan hujah yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat kampus dan masyarakat kampung sekeling berkaitan pembinaan masjid ini. Kami juga mengharapkan kehadiran YB Dato' Seri Mohammad Khaled Bin Nordin dalam lawatan rasmi ke universiti kami pada Isnin ini akan memberi jawapan yang terbaik baik permasalahan isu ini” ujar Presiden Kelab Iqra setelah selesai menyerahkan borang tersebut kepada salah seorang pegawai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.-iqrakini

KONSERT JERITAN PALESTIN

Tanggal 28 februari 2009, Yayasan Amal Malaysia sebuah badan NGO dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Johor telah mengadakan konsert amal bertempat di bandar Parit Raja Batu Pahat Johor bagi mengutip dana untuk rakyat Palestin .
konsert ini dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan yang sedang meningkat naik iaitu saudara Azhan Atan, juara akademi nasyid musim pertama. selain itu persembahan turut dimeriahkan oleh band-band tempatan yang menerapkan lagu yang berunsur islamik dalam persembahan mereka. selain itu konsert turut dimeriahkan lagi dengan persembahan sajak kanak-kanak selain tayangan montaj Palestin.