Sunday, March 29, 2009

UKHWAH BILA MUSIBAH

Kemalangan yang menimpa salah seorang sahabat cukup mengejutkan. Disebalik musibah terbabit tersirat seribu makna dan pengajaran,selain daripada membawa mesej supaya berhati-hati ketika berada dijalanraya, sama ada ketika memandu kereta ataupun menunggang motosikal. Dua kemalangan yang melibatkan sahabat seperjuangan dikampus yang boleh dikira dalam selang waktu yang tidak terlalu lama. pertamanya, betul-betul berlaku dihadapan penulis apabila motosikal yang ditunggang oleh sahabat terlibat dengan kemalangan. sahabat terbabit hanya mengalami cedera ringan, cukup sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang. Yang terbaru membabitkan seorang sahabat yang mengalami kecelakaan ketika memandu. mujurlah kecederaan yang dialami tidak berapa serius dan ditahan selama semalaman di hospital.

Apa yang ingin penulis cungkilkan disini adalah satu perkara positif yang dapat dilihat ialah ukhwah diantara sahabat. sebelum ini cukup susah untuk melihat sahabat-sahabat berkumpul bersama-sama. Amalan ziarah menziarahi rumah sesama sahabat seperjuangan jauh sekali. hanya berjumpa sekali seminggu untuk mendengar kuliah, itupun ada yang ponteng. Apabila berlakunya musibah pada sahabat, barulah dapat dilihat nilai-nilai ukhwah masih wujud. Diharapkan ikatan ukhwah diantara sahabat-sahabat wujud tanpa menunggu berlakunya perkara yang tidak diingini ataupun hanya wujud didalam program sahaja.

4 comments:

Anonymous said...

demo pun keno hati2 jgop..buke stakat jgn sapa xcdent tp jgn sapa keno saman ko poleh..kui3..

Anonymous said...

keno same ko polih x po..hulu sket,rm 10 dah buleh lepas, polis malaysia kan rasuah..

lambok said...

polis Malaysia meme lagu tuh..Tembak, Rasuah & Pukul
tembak untuk gas pemedih mata..hehe.

Anonymous said...

hadith nabi..allah laknat perasuah dan jga pneriman rasuah..renung2kn

jom sertai pas