"BESAR TAK SEMESTINYA KUAT,KECIL TAK SEMESTINYA LEMAH"
Penulis teringat akan mutiara kata ini yang keluar daripada ungkapan seorang sahabat suatu ketika dulu, ungkapan ini dikeluarkan untuk menyanggah pendapat seorang sahabat lain yang mempertahankan pendapat bahawa sesuatu yang besar akan menghasilkan kekuatan yang SUPER.
Memang betullah ungkapan ini bahawa sesuatu yang besar taksemestinya kuat,kecil x semestinya lemah. Ini berdasarkan peristiwa perang Badar Al-kubra yang mana dalam peperangan ini umat islam yang hanya seramai 313 berjaya menumbangkan tentera kafir Quraisy yang seramai 1000 orang. Peristiwa ini yang berlaku dalam bulan Ramadhan, membuktikan bahawa kejayaan akan dicapai bukan dengan ramainya bilangan dan juga bukan dengan besarnya kekuatan Zahiriah, akan tetapi memerlukan kekuatan dari segi Kualiti batiniah.
Apa yang kita lihat pada hari ini, umat islam sememangnya diantara yang paling ramai di dunia. Akan tetapi bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kekuatan kepada umat islam. Akan tetapi umat islam terus ditindas, dihina di perlekeh,diperbodohkan malah umat islam ditindas dan dihalau dibumi sendiri. Tengok sahaja dipalestin, tanah umat islam dirampas malah umat islam dibunuh. Dimana negera-negara islam yang lain pada masa itu???? Membiarkan sahaja saudara seagama diperlakukan seperti …tak sanggup…terdetik didada penulis..tak sanggup mencoretkan perkataan itu..
Maka terbuktilah ingatan Rasulullah :
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Memang betullah apa yg dikatakan Rasulullah umat islam pada hari ini lebih kurang 1000 juta kira-kira 1/5 penduduk dunia. Akan tetapi umat islam terus diperlekeh dan dipersenda oleh bangsa lain. Kekalahan dan kelemahan umat islam adalah berpunca dari sikap umat islam sendiri iaitu dihinggapi penyakit wahan. Iaitu gabungan dua unsur yang bahaya iaitu “cintakan dunia” dan “takut mati”. “cintakan dunia” bermaksud tamak,rakus,bakhil dan tidak mahu mendermakan harta dijalan Allah swt. “takut mati” pula ialah leka dengan kehidupan dunia tanpa persiapan menghadapi hari akhirat serta tidak ada perasaan memperjuangkan agama Allah swt……oleh itu umat islam sekalian,ayuh bangun buktikan bahawa kita umat islam yang ‘‘BESAR DAN SEMESTINYA KUAT’’.
No comments:
Post a Comment