Selesai sahaja mengaminkan doa, para makmun berdiri dan beratur bersalaman sambil mengalunkan selawat. Inilah salah satu keunikan masyarakat johor, selesai sahaja solat berjemaah, wirid dan berdoa makmum akan bersalaman sambil berselawat membentuk bulatan.
“ huh baguslah keluar Barisan, mari sama-sama bentuk Bulatan”, Getus hati kecil ku. Tapi malam itu selesai saja solat maghrib , belumpun sempat aku bangkit untuk turut serta bersalam. Satu suara menyapa ku. Dan aku yakin bukannya Faisal teman sebilik aku, ataupun Jehe jauh sekali Zupi, Daus apakah lagi selesai sahaja solat terus blah, tiada sentimen sosial dengan masyarakat kampung. Rupanya pakcik yang berjubah putih yang dari tadi asyik perhatikan aku memanggil aku untuk duduk disebelahnya. Aku serba salah, “tak pergi kan kecil hati pulak pakcik ni”.aku bermonolog sendiri.
Sebenarnya, jika diikutkan niat dihati, selesai sahaja solat maghrib terus pulang makan malam di rumah, nasi yang dimasak oleh Jehe tengahari tadi masih ada berbaki cukup untuk makan empat orang jika menggunakan talam, hari ni giliran Jehe dan Zupi memasak. Satu yang aku tak puas hati,kalau giliran aku masak, habis cikai pun ayam masak pedas ke, masak kunyit ke, paprik ke. Tapi kalau bebudak dua orang ni masak asyik telur goreng dengan ikan kering, sekali sekala ikan pekasam. “Bab-bab makan ni kena zuhud sikit, ingat sahabat-sahabat kat Palestin nun,jangan sampai kufur nikmat” ujar Zupi. Ayat maut yang seringkali membunuh Daus dan Ameq dari terus bertegang urat dengan mereka. Macam-macam karenah sahabat seperjuanganku ni, mereka merupakan sahabatku yang bersama-sama berjuang dilapangan kampus..
“Enta nama apa”, pakcik tadi memulakan sesi ta’ruf.. “ saya Rizal’, jawab ku ringkas. “ rumah kat mana”, Tanya pakcik tu lagi. “oh, ana asal Kelantan, belajar kat UTHM, rumah sewa kat lorong belakang surau ni”, balas ku sedikit panjang lebar, melebarkan lagi perbualan kami, hasrat aku untuk pulang menyantap makan malam terbantut dek pertemuan yang tidak dirancang ini.
“ Nama pakcik Ibrahim, Doktor Ibrahim ,asal Teganu, Demo ni oghe klate, blaja lagi yo, bining pokcik pun oghe klate duk Pasir puteh, patut napok muko tok seghupo oghe johor pun”, balas beliau, tiba-tiba sahaja loghat bahasa berubah kepada dialeg Kelantan, walaupun agak kelakar, walaupun dialeg kelantan yang cuba ditiru tidak menjadi, tapi usaha Dr Ibrahim untuk cuba kecek Klate , sedikit sebanyak menarik minat ku untuk terus bersembang dengan beliau. Mungkin salah satu teknik sychology bagi menjerat aku untuk terus berbual dengannya. Salah satu elemen dakwah yang boleh dipraktikkan kepada mad’u-mad’u di kampus.
Sesekali aku melirikkan pandangan mata ke arah jemaah yang sedang bersalaman, daripada Barisan yang bersalaman terus Membentuk Bulatan sambil mengalunkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan beberapa orang yang berjubah putih berada didalam kumpulan tersebut, uniform agak sama dengan Dr Ibrahim.
"Ana baru pulang daripada Amerika Selatan dan singgah untuk bermalam disini dalam beberapa hari ni, dua bulan ana berada disana”, seloroh Dr Ibrahim, menghapuskan lamunan ku, aku sengaja mengerutkan keningkan sambil menganguk-nganguk menandakan aku memberikan perhatian kepada perbualan kami.bagi menjaga hati beliau .walhal aku sedang mengelamun.. (bersambung)
siapakah DR Ibrahim?apa kaitannya dengan Amerika Selatan, kenapa berada di Johor,nantikan kemunculan episod seterusnya..
1 comment:
salamun'alaik...
wahh..mcm kenal je Dr.Ibrahim tu...
dia dr Terengganu kan...
ada 2klinik, salah satunya specialist clinic. best jg ajakan yg dibawa tu...apa salahnya dibuat renungan...
Post a Comment