Sunday, October 26, 2008

BANGANG @ JAHIL????

“Disini kau dan aku terbiasa bersama menjalani kasih sayang bahagia ku dengan mu….”..bunyi nada dering lagu nyanyian pelakon terkenal indonesia Irwansyah(bukan azwan) bergema. Mona (nama sebenar) cepat-cepat menggapai hanset biarpun lagu nada dering belum habis pun satu rangkap, umpama orang afrika yang kelaparan berebut sekeping roti akibat berbulan-bulan tidak menjamah makanan.
“halo sayangku mona abang dah ada kat depan pintu pagar ni cepat lah keluar penat abang tunggu tau” terdengar suara lelaki(jantan) dari corong hanset.
“ ala abang ni dah lama Mona tunggu baru sekarang sampai,tak nak la Mona keluar ngan abang kalau macam ni” balas Mona(merajuk la konon).
“maafkanlah abang Mona…abang bukan sengaja lambat,motor abang buat hal tadi”. Balas Zaki (nama sebenar) memujuk kekasih hatinya Monalisa.
“Ok …abang janji tau…pasni jangan buat lagi…” balas Mona (selepas pura-pura merajuk).
“ok sumpah abang tak buat lagi sayang..tapi cepatla turun.. dari tadi pak guard duk jeling-jeling kat abang ni..abang tunggu kat depan pintu pagar ni ye..”. balas zaki sambil tersenyum apabila berjaya memujuk kekasihnya untuk keluar bertenggek menaiki motor kapcainya. Zaki dan Mona adalah salah satu pasangan yang sedang aktif bercouple dikalangan bepuluh-puluh pasangan couple malah beratus-ratus dan mungkin juga beribu-ribu pasangan couple disebuah institusi pengajian tinggi. Kedua-duanya masih menuntut yakni masih lagi belajar. Dialog diatas meggambarkan satu trend yang sedang berlaku di UTHM(nama sebenar). Dan tidak keterlaluan jika dikatakan berlaku diseluruh Universiti di Malaysia Khususnya . budaya couple adalah satu wabak negative yang sememangnya melanda remaja. Dan kalau nak diceritakan skop couple ni sampai 100 muka surat pun tak habis semuanya negatif sampai boleh buat berjilid-jilid tesis. Disini penulis hanya nak fokuskan trend couple dikalangan siswi-siswi yang masih tinggal di kolej kediaman. Acapkali kita lihat golongan couple ni akan keluar dengan pasangan masing-masing samaada dengan bertenggek menaiki motosikal jantan durjana, atau menaiki kereta jantan yang juga durjana bagi yang ada kereta. Suatu yang menarik, jika dilihat daripada dialog diatas. Sang Romeo ,apabila mengajak si Juliet keluar bertenggek ( kalau bahasa Kelantan monggek,bahasa teganu ngepong..bahasa jawa tak tau plak..) mereka akan menunggu buah hati didepan pintu pagar kolej kediaman bagi kediaman Melewar dan Perwira. Bagi yang tinggal di kolej kediaman TDI dan TF pula jantan durjana akan menunggu dipondok menunggu bas didepan pintu masuk utama UTHM.
Persoalan utama mengapa pasangan couple ini menjadikan kawasan-kawasan diatas sebagai destinasi pertemuan cinta mereka sebelum bersama-sama bertenggek menuju kejalan Maksiat???? Jawapannya sebab dalam perlembagaan AUKU, melarang pasangan lelaki dan perempuan berdua-duaan menaiki motosikal didalam kawasan universiti atau Kolej kediaman. Jadi dengan tawadhuknya golongan Couple ini mengikut arahan itu dengan patuh dan setia umpama Hang Tuah yang begitu taat pada sultan Melaka. TETAPI ADAKAH MEREKA SEDAR??? SECARA JELAS DAN TERANG MERAKA TELAH MELANGGAR LARANGAN ALLAH SWT??? Sudah jelas dan terang Allah swt melarang umat islam JANGANLAH MENGHAMPIRI ZINA???? Takkanlah mereka yang boleh dikatakan golongan cerdik pandai tidak pernah mendengar akan larangan yang begitu popular daripada Jurutera Manusia yakni Allah SWT.???? Ataukah mereka terlalu JAHIL dan tidak tahu akan larangan ini??? Bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mhahram bukankah HARAM??? Apakah yang akan berlaku apabila mereka sama-sama bertenggek diatas motor??? Dan banyak lagi peristiwa yang pastinya berlaku membawa mereka kelembah kehinaan.. Itulah persoalan yang ingin penulis rungkaikan.apakah golongan cerdik pandai(kononnya la..) tidak dapat membezakan antara Undang-undang manusia dan Undang-undang ALLAH SWT. Mereka begitu takut untuk melanggar undang-undang manusia. Tetapi dengan mudah mengetepikan Perintah ALLAH SWT. Penulis sengaja menggunakan tajuk artikel ini “BANGANG ATAU JAHIL”….ASTAGFIRULLAHH….YA ALLAH BERIKANLAH MEREKA PETUNJUK DAN HIDAYAH MU….

Monday, October 20, 2008

SEEKOR PERAHU, SEBUAH KETAM DAN SEBIJI LAUTAN.

Teringat satu kisah di bulan puasa lepas.ketika sedang asyik berehat dia atas sofa dan dibawah kedinginan pusingan kipas yang cukup nyaman melupakan kelaparan dan kehausan pada tengahari yang panas.
Tiba-tiba penulis dikejutkan oleh satu suara yang agak dikenali.seorang lelaki separuh umur yang baru pulang dari menangkap ketam meminta untuk membantunya menarik perahu kekawasan daratan. memang terasa sangat bahang kepanasan dibawah terik fana mentari. macamana agaknya keadaan di tengah laut yang terbentang luas, mungkin tahap kepanasan yang lebih tinggi. macamana nelayan-nelayan dapat mencari rezeki dalam keadaan sebegitu.
Sungguh tinggi tahap pengorbanan lelaki tua ini getus hati kecil ku. tengahari itu penulis hampir pitam kerana tidak tahan kepenatan menolak perahu untuk naik kedarat. penatnya tuhan saja yang tahu, penat ,dahaga..hasil tangkapan cukup membanggakan, sememangnya pada bulan september merupakan musim menangkap ketam. ketam-ketam yang diperolehi seperti ketam rimau, ketam bintang dan bermacam-macam lagi jenis ketam yang berbentuk karipap pun ada. sungguh besar anugerah ALLAH swt kepada mausia, sebidang laut yang terhampar luas memberi rezeki kepada manusia. aku kembali melihat lelaki tua itu, setahu aku dia tak pernah merungut kepenatan walaupun terpaksa meredah lautan mencari rezeki membesarkan aku sekeluarga, walaupun dalam bulan puasa sekalipun.
Sungguh besar tahap pengorbanan, yang mustahil dapat ku balas. lelaki tua itu tak lain dan tak bukan adalah ayah ku. perjuangan mencari rezeki dilautan penuh dengan cabaran dan rintangan, bahaya dilanda ribut, gelombang yang mengganas dan hanya berbekalkan SEEKOR PERAHU ditengah SEBIJI LAUTAN luas untuk mencari SEBUAH KETAM.
Perjuangan menuntut satu pengorbanan yang sangat besar, perjuangan didalam menegakkan agama ALLAH swt menuntut satu pengorbanan daripada pendokong-pendokongnya. pelbagai mehna dan tribulasi terpaksa dihadapi. bezanya perjuangan mencari rezeki dilautan hasilnya akan diperolehi secara terus manakala perjuangan menegakkan agama ALLAH swt hasilnya akan dituai diakhirat kelak. hakikatnya kisah 'SEEKOR PERAHU, SEBUAH KETAM DAN SEBIJI LAUTAN' memberi suatu kesedaran yang jelas dalam hidup ku.

Monday, October 13, 2008

"ARUS KEBANGKITAN MAHASISWA,BUKAN OMONG KOSONG"

salam ukhwah,salam pembukaan,setelah hampir sebulan menyepi.akhirnya terdetik dihati penulis utk mencoretkan secubit diruangan blog ini ekoran dari bahang kepanasan Pilihan Raya Kampus.sepertimana sebelum ini, election pada kali ini dilihat akan membawa satu impak yang amat besar dalam sejarah PRK,mungkin ianya disebabkan gelombang PRU yang berlaku. oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa KEBANGKITAN MAHASISWA BUKANLAH SATU OMONG KOSONG. kenyataan saya ini adalah berasas apabila berlakunya perubahan yang amat besar apabila KPT mengumumkan PRK diadakan 2 peringkat. malah banyak lagi perubahan yang dilakukan bagi mengongkong kebangkitan mahasiswa yang mula berfikir diluar kepompong kejumudan seperti sebelum ini apabila dibutakan oleh pentadbiran universiti.ayuh bangkitlah mahasiswa,buktikan makna sebenar "MAHASISWA ".

Sunday, September 14, 2008

BESAR TAK SEMESTINYA KUAT,KECIL TAK SEMESTINYA LEMAH

"BESAR TAK SEMESTINYA KUAT,KECIL TAK SEMESTINYA LEMAH" Penulis teringat akan mutiara kata ini yang keluar daripada ungkapan seorang sahabat suatu ketika dulu, ungkapan ini dikeluarkan untuk menyanggah pendapat seorang sahabat lain yang mempertahankan pendapat bahawa sesuatu yang besar akan menghasilkan kekuatan yang SUPER.
Memang betullah ungkapan ini bahawa sesuatu yang besar taksemestinya kuat,kecil x semestinya lemah. Ini berdasarkan peristiwa perang Badar Al-kubra yang mana dalam peperangan ini umat islam yang hanya seramai 313 berjaya menumbangkan tentera kafir Quraisy yang seramai 1000 orang. Peristiwa ini yang berlaku dalam bulan Ramadhan, membuktikan bahawa kejayaan akan dicapai bukan dengan ramainya bilangan dan juga bukan dengan besarnya kekuatan Zahiriah, akan tetapi memerlukan kekuatan dari segi Kualiti batiniah.
Apa yang kita lihat pada hari ini, umat islam sememangnya diantara yang paling ramai di dunia. Akan tetapi bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kekuatan kepada umat islam. Akan tetapi umat islam terus ditindas, dihina di perlekeh,diperbodohkan malah umat islam ditindas dan dihalau dibumi sendiri. Tengok sahaja dipalestin, tanah umat islam dirampas malah umat islam dibunuh. Dimana negera-negara islam yang lain pada masa itu???? Membiarkan sahaja saudara seagama diperlakukan seperti …tak sanggup…terdetik didada penulis..tak sanggup mencoretkan perkataan itu.. Maka terbuktilah ingatan Rasulullah : Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". Memang betullah apa yg dikatakan Rasulullah umat islam pada hari ini lebih kurang 1000 juta kira-kira 1/5 penduduk dunia. Akan tetapi umat islam terus diperlekeh dan dipersenda oleh bangsa lain. Kekalahan dan kelemahan umat islam adalah berpunca dari sikap umat islam sendiri iaitu dihinggapi penyakit wahan. Iaitu gabungan dua unsur yang bahaya iaitu “cintakan dunia” dan “takut mati”. “cintakan dunia” bermaksud tamak,rakus,bakhil dan tidak mahu mendermakan harta dijalan Allah swt. “takut mati” pula ialah leka dengan kehidupan dunia tanpa persiapan menghadapi hari akhirat serta tidak ada perasaan memperjuangkan agama Allah swt……oleh itu umat islam sekalian,ayuh bangun buktikan bahawa kita umat islam yang ‘‘BESAR DAN SEMESTINYA KUAT’’.

Saturday, August 30, 2008

AURAT : DILEMA MAHASISWI ISLAM

Terasa panas bahang terik mentari betul-betul diatas kepala, sesekali mata melilau-lilau disekeliling mencari kalau ada sahabat-sahabat yang menjelmakan diri untuk membantu. Projek Sarjana Muda sememangnya terkenal sebagai subjek “Pemusnah Semangat Mahasiswa (PSM)”. Mana tidaknya jika tidak dijalankan dengan betul akan memberi kesan pada CGPA yang lebih teruk boleh menyebabkan ‘extend’. Fuhh….bahaya betul penangan PSM nih..(student taun akhir mesti faham) ketika harapan pada sahabat mula menurun, mana tau kalau ada yang sudi membantu sepertimana yang dilaungkan dalam program. Tiba-tiba penulis terpandang segerombolan mahasiswi sedang mengatur langkah menuju ke Kolej Kediaman, mungkin baru habis kelas. Gaya lenggok bersahaja sambil berborak-borak ‘rileks’, tanpa muka bersalah. Rasa keliru bermain dibenak fikiran, siapakah mereka,melayu?cina?islam atau bukan..kumpulan mahasiswi yang melintasi tempat penulis menjalankan projek kira-kira 7 orang,semuanya berpakain seluar jeans ketat, T-shirt lengan pendek ketat dan yang menyakinkan penulis bahawa mereka adalah seagama dengan penulis kerana masih terdapat tudung diatas kepala mereka walaupun tudung yang dipakai sekadar ‘make up’ semata-mata (tudung kecil yang hanya menutup rambut) dan yang lebih teruk ada yang ‘free hair’. Melihat situasi ini,panas gigitan mentari dirasakan semakin kuat .kepala rasa semakin panas.Astaghfirullah..agenda yahudi Berjaya menusuk masuk kedalam minda umat islam.semakin hari-semaki teruk.sehinggakan golongan mahasiswa islam yang kononnya intelek tidak dapat membezakan yang mana haq dan yang mana batil. Coretan diatas hanyalah gambaran yang menunjukkan bertapa masyarakat islam sekarang menghadapi suatu masalah yang sangat kritikal berkaitan dengan ketandusan ilmu agama,akhlak yang teruk,malah boleh membawa kepada pegangan akidah yang lemah yang juga berpunca daripada serangan saraf yahudi laknatullah. Berbalik kepada persoalan pokok, masalah aurat merupakan satu simpton “pengderhakaan” pada Allah S.W.T. yang dianggap remeh yang menular dikalangan masyarakat walhal dikalangan pemimpin sekalipun. Walaupun arahan berkenaan penutupan aurat ini sangat jelas dinyatakan oleh Allah S.W.T. dalam surah An Nur-31. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur : 31) Ayat ini jelas sekali menunjukkan Allah memerintahkan supaya golongan wanita menjaga pandangan mereka dan batas aurat bagi wanita yang beriman. Perintah inilah yang menjadi mainan golongan barat tajaan yahudi yang melaungkan pemikiran liberalisme. Yang mana pemikiran liberalisme feminisme ini mula menular dinegara kita dikalangan muslimah islam. Yang menjadi persoalannya kenapa golongan wanita islam ini sanggup melakukan keingkaran kepada Allah walhal arahan yang cukup jelas telah dinyatakan dalam surah An-Nur ini. Dah perintah ini adalah WAJIB untuk dilaksanakan berdasarkan permulaan ayat surah An-Nur: "Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)." ( An Nur : 1) Yang pastinya jika golongan mahasiswa sendiri yang diuar-uarkan sebagai golongan intelektual tidak memahami kewajipan menutup aurat ini,fenomena pemikiran yang cetek dan kebodohan yang melampau telah melanda golongan intelek(kononnya) yang lansung tidak mahu berfikir menggunakan akal yang dikurniakan Maha Pencipta. Apakah mereka tidak sedar atau mereka terlalu daif sehinggakan tidak pernah mendengar kulah-kuliah agama atau tidak memahami lansung tanggungjawab mereka sebagai wanita islam. Sebenarnya, arahan menutup aurat adalah bertujuan melindungi golongan wanita daripada gangguan dan mengelakkan daripada berlakunya perkara negativ seperti rogol, cabul dan sebagainya. Perkara ini dijelaskan oleh ‘engineer’ yang mencipta manusia yakni Allah dalam surah Al ahzab : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Al Ahzab :59) Jelas sekali dengan menutup aurat mereka dapat dikenali sebagai wanita yang beriman dan bagi melindungi mereka daripada keganasan seperti yang kerap berlaku dinegara kita. Adakah golongan yang suka mendedahkan aurat ini yang boleh dikatakan retorik lansung tidak mahu membuka lembaran baru dalam hidup mereka untuk menjadi muslimah sejati ataupun belum sampai lagi dakwah kepada mereka walaupun islam telah bertapak di tanah melayu sejak zaman kerajaan Melayu Melaka lagi. Dimanakah silapnya????Fikir-fikirkanlah….

Friday, August 29, 2008

BUKTI KESYUMULAN ISLAM : “AIDS/HIV SOLUTIONS”

Penulis berkesempatan menghadirkan diri satu forum yang bertajuk Hidup Di Zaman Fitnah di tapak ekspo perlancongan di Pantai Irama Bachok apa 21/8/2008. Apa yang menarik, panel ini dihadiri ahli panel yang terkenal dengan ilmunya iaitu Ustaz Dr Badrul Amin Bahron dan Ustaz Dr Jamnul Azhar Mulkan. Penulis sempat mencatit isi kandungan forum dan ingin mengetengahkan apa yang telah dinyatakan oleh Ustaz Jamnul mengenai fitnah (ujian) penyakit yang cukup bahaya iaitu penyakit AIDS. Ingin ditegaskan, isi kandungan yang dinukilkan adalah hasil perbentangan Ustaz Dr Jamnul. Penulis hanya menterjemahkannya dalam bentuk tulisan tanpa ada penambahan kerana ilmu itu untuk dipelajari dan tanggungjawabnya untuk disampaikan kepada orang ramai (bukan setakat pi forum, balik tido..)
Berbalik kepada perbincangan, seperti yang diketahui salah satu faktor penyebaran AIDS ialah hubungan seks bebas. Telah dinyatakan oleh Dr Jamnul satu statistik yang mengejutkan dengan kejutan yang amat. Kira-kira 11 000 pesakit baru AIDS dikesan bagi setiap satu jam di New York. Di Florida pula turut menunjukkan satu angka yang besar iaitu kira-kira 7 000 pesakit baru sejam dan kota Las Vegas atau dikenali sebagai sin city (kota dosa), kota yang terkenal sebagai pusat perjudian terkenal juga terkenal sebagai hub pembiakan pesakit baru AIDS apabila mencatatkan 5 000 kes sejam. Fakta dan Statistik ini di dedahkan ketika ahli panel menghadiri satu seminar mengenai AIDS di Wichita State, Amerika Syarikat pada tahun 2005. Agak menarik bilamana seorang professor telah membuat pembentangan tentang method terbaru bagi mengurus permasalahan HIV/AIDS.
Sebelum perbentangan bermula, apa yang difikirkan oleh ahli panel ialah mungkin ubat yang paling mujarab yang berjaya menyembuh AIDS secara 100% terbukti keberkesanannya telah ditemui. Dengan penuh konfidennya professor ini (lupa dah nama prof ni…tak sempat salin) terangkan 4 method iaitu Method A, B, C dan D..Dipendekkan cerita method A dibentangkan. A adalah merujuk kepada Abstinence atau dalam bahasa melayunya menahan diri. Menahan diri dari melakukan seks secara bebas. Sebab tanpa seks bebas cara penyebaran HIV/AIDS dapat dikurangkan dan jumlah pesakit baru yang membimbangkan dapat dibendung. Cara atau method kedua pula ialah Be Faithful atau terjemahannya ialah lebih berkepercayaan atau lebih beriman. Ini kerana dikatatan kebanyakan agama menyuruh penganutnya agar taat kepada suruhan tuhan dan tidak melakukan zina. Jadi bagi prof ini, dengan lebih beriman seseorang dapat mengelak seks bebas tanpa perlu beralasan lagi. Dari sudut pemikiran seseorang yang bukan islam, pendapat ini adalah penemuan hebat dan sudah tentu ada kewajarannnya. Seterusnya, cara yang ketiga merangkap method C pula dikenali sebagai Condom..errr atau dalam bahasa kampung disebut sebagai Stokin. Cara ini adalah sesuai (kononnya) bagi sesiapa yang desperate sangat dah.
Tapi bila ditanya sejauh mana keberkesanannya jawapan yang diterima agak mengejutkan apabila hanya 20 peratus sahaja yang menggunakannya dapat mengelak dari jangkitan. Kenapa?? Ini kerana, menurut kajian pakar permukaan kulit di sekitar genital adalah bersifat span dan menyerap air. Jadi?? Jadi akan tetap berlaku pertukaran bendalir badan walaupun ‘stokin’ telah dipakai. Dan semestinya jangkitan virus juga tidak menjadi satu perkara yang mustahil!! Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan cara atau method C. Baik, kita pergi kepada method D atau dikenali sebagai Death Penalty (hukuman mati..!!!). Walaupun cara ini agak ‘brutal’ tapi ianya adalah cara yang boleh dikatakan bijaksana. Ini kerana, dengan memberi hukuman mati kepada sesiapa yang melakukan seks bebas dan dijangkiti HIV/AIDS tidak akan wujud perbuatan dan jangkitan kedua yang boleh memangsakan sesiapa sahaja termasuklah pasangan dan anak-anak pembawa virus. Dan hasilnya, jumlah pesakit baru dapat dikurangkan.
Persoalannya adakah langkah-langkah yang telah dikemukakan ini adalah formula terbaru dari barat? Sebenarnya semua method kecuali method C (yang hakikatnya bukanlah satu method yang berkesan pun) ialah formula yang telah dikemukakan oleh islam sejak dari awal lagi. Langkah yang dianjurkan oleh islam ternyata lebih hebat dari method A atau Abstinence kerana Allah melarang kita bukan hanya menahan diri dari melakukan zina malahan menjauhi diri dari mendekati sebarang bentuk aktiviti yang berkaitan atau boleh mencetuskan zina. Selain itu, method B atau Be Faithful juga bukanlah sesuatu yang baru dalam Islam. Nilai iman adalah hebat akan tetapi ada satu lagi nilai yang lebih hebat dari iman iaitu taqwa. Taqwa ialah indikator yang paling dominan dalam penilaian darjat manusia disisi Allah. Dengan adanya taqwa seseorang akan lebih berhati-hati dalam urusan dunia seolah-olah melalui satu jalan yang dipenuhi duri, dan semestinya dapat menghindarkan diri dari perlakuan yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Jadi tidak hairanlah jika setiap khutbah jumaat pak khatib akan menyebut “Ittaqullah”. Ungkapan ini menggesa umat islam agar bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Tidak mungkin orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan melakukan zina dan lain lain bentuk kemaksiatan. Ternyata formula bagi mencegah penularan HIV dan AIDS hakikatnya telahpun dicipta oleh Sang Pencipta yang Maha Agung. Dan ternyata jugalah syariat islam adalah benar lagi melangkaui zaman!! Pembincangan tidak terhenti disini, bagaimana dengan dengan death penalty? Penulis yakin rata-rata umat islam menyedari tentang hukum-hakam islam. Menyedari adanya hukum hudud dan qisas dalam islam. Dan juga hukuman yang akan dijatuhkan kepada sesiapa yang didapati melakukan zina. Jadi huraian panjang lebar difikirkan tidak perlu (nanti ada pihak marah pulak daaa).
Mungkin kita fikir prof yang membentangkan method ini agak terbelakang sedikit pemikirannya kerana semua penemuan yang diumumkan adalah ajaran islam yang telah diturunkan sejak 1400 tahun dahulu. Tapi hakikatnya prof ini bukanlah seorang yang beragama islam dan semestinya golongan seperti ini terlepas pandang tentang hakikat kebenaran islam. Tetapi bagaimana pula dengan umat islam sendiri yang masih lagi mengagungkan tamadun barat yang hakihatnya perosak kepada sejarah ketamadunan manusia. Lihat saja remaja kita. Apa yang masih kita ketinggalan dari aspek keruntuhan moral dan etika? Pergaulan dan seks bebas, rogol, buang bayi, penyalahgunaan dadah, ketagihan arak dan macam-macam 1001 hal lagi. Ini tak termasuk derhaka kepada ibubapa dan melawan guru!! Usah cerita soal gangsterisme, vandalisme dan bermacam-macam isme lagi. Ini tidak lain tidak bukan akibat kita tidak meyakini ajaran islam serta mengetepikan Al-Quran dan sunnah rasulullah. Semua benda dari barat tanpa diselidik terlebih dahulu terus diambil dan dijadikan panduan hidup. Walaupun bukti demi bukti terserlah akan kebenaran Islam kebanyakan umat islam tetap tidak mahu meyakini. Perkembangan kajian ilmiah akan tetap mendedahkan kebenaran Al-quran samada secara sengaja atau tidak sengaja. Hal ini telah terbukti zaman berzaman dan akan terus terbukti untuk zaman yang berikutnya.
Cuma bergantung kepada kita bagaimana untuk menerimanya. Adakah kita menerimanya sebagai penemuan baru tanpa ada sidikit pun perkaitannya dengan ajaran islam. Atau kita menerimanya sebagai fakta yang memperkukuhkan lagi kebenaran islam dan seterusnya dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah..Ketuk kepala tanya akal, tepuk dada tanya hati..semuanya kembali pada iman kita..

Saturday, August 23, 2008

PERJUANGAN DILAPANGAN UNIVERSITI

Setelah cuti pertengahan semester sesi 08/09 hampir tamat.barulah tergerak dihati untuk mula menulis kembali.mungkin kerana bebanan kerja yang banyak serta gangguan WIFI yang sangat lembab melembabkab penulisan saya.PERJUANGAN DILAPANGAN UNIVERSITI, jika dilihat bait-bait ayat ini ianya seolah-seolah universiti sebagai satu medan bagi perjuangan ,akan tetapi apakah perjuangan yang dimaksudkan?perjuangan yang dimaksudkan merangkumi banyak maksud bergantung kepada peranan dan tanggungjawab seseorang.bagi seseorang mahasiswa perjuangan sebagai seorang pelajar menagih suatu pengorbanan yang bagi mencapai matlamat mendapat pointer yang gempak.akan tetapi adakah perjuangan yang dilakukan hanya sekadar akademik semata-mata???perlu diingatkan bahawa bagi mereka yang faham dan memegang taklifan sebagai seorang DAEI perlu memahami perkara ini dengan lebih terperinci.jalankan tanggungjawab anda.jangan sekadar masing-masing hanya melaugkan perkataan TARBIYYAH pada disendiri sahaja.lakukannya pada warga kampus mengikut kemampuan masing-masing..akhir kata SALAM PERJUANGAN kepada sahabat-sahabatselamat berTARBIYYAH pada semua..SALAM PERJUANGAN SALAM UKHWAH...
jom sertai pas