Friday, April 3, 2009

Berakhirnya teori R.A.H.M.A.N

Teori R.A.H.M.A.N.,,terlalu kerap penulis mendengar ungkapan ini menyebabkan terdetik dihati untuk menulis sepatah dua kata berkenaan ungkapan berbisa ini. Sah sudah YAB Dato' seri Najib Bin Tun Abd Razak menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-6 dengan termeterainya angkat sumpah pada 3 April 2009. melengkapkan teori yang penulis rasakan secara kebetulan terjadi, Tunku Abd Rahman (R), Tun Abd Razak(A), Tun Hussein Onn (H) saterusnya Tun Mahathir(M) sebelum di pegang oleh Tun Abdullah (A). lengkap sudah teori ini apabila YAB Dato' seri Najib Bin Tun Abd Razak(N) menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kredibiliti Perdana Menteri Malaysia yang baru ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi jika dilihat susur galur perjalanan beliau dalam arena politik tanah air. Seawal umur 23 tahun beliau telah mencipta sejarah sebagai ahli parlimen termuda iaitu sebagai ahli parlimen Pekan. Kewibawaan beliau terbukti apabila dilantik sebagai Menteri besar pahang dalam usia 29 tahun yang boleh dikira dalam usia yang terlalu muda untuk menggalas jawatan tertinggi itu. dan banyak lagi pengalaman-pengalaman yang melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mewarisi kepimpinan ayahanda beliau iaitu Tun Abd Razak perdana menteri ke 2.
namun begitu kredibiliti beliau sebagai orang nombor satu negara sedikit tercalar dengan spekulasi-spekulasi yang timbul seperti kes pembunuhan gadis Monggolia Altantuya dan isu pembelian kapal selam. walaupun spekulasi ini belum tentu sahihnya dan dilihat tidak berasas, akan tetapi ianya dilihat emberi impak yang negatif kepada negara. Tindakan drastik seharusnya diambil bagi menangani isu ini, ianya penting bagi membersihkan nama beliau sebagai orang penting negara.
Saranan daripada Timbalan Presiden Pas iaitu Ustaz Nasaruddin Mat Isa supaya kerajaan Malaysia dibawah pimpinan baru ini menyaman akhbar luar negara yang membangkitkan isu ini dilihat suatu saranan yang relevan dan terbaik yang perlu diambil bagi membersihkan nama Malaysia yang sudah tercalar dimata dunia.
Walaubagaimanapun diharapkan spekulasi-spekulasi yang timbul tidak menjejaskan tugas dan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia walaupun ianya diketahui umum seantero dunia.

No comments:

jom sertai pas