Thursday, January 29, 2009

PAPARAN LUCAH YANG HALAL DI MALAYSIA

Sempena cuti tahun baru cina selama seminggu, penulis pulang bercuti di kampung tercinta di Kelantan Negeri pimpinan ulama'.Beberapa hari berada dikampung penulis sempat menghabiskan masa menonton TV yang mana ketika berada dikampus waktu diantara maghrib hingga Isyak sekali sekala dihabiskan dengan melepak kat kedai depan rumah sambil menonton Buletin Utama walaupun tau berita yang disampaikan tak berapa betul. Peluang berada dikampung digunakan untuk mengkaji apakah yang ditayangkan oleh stesen TV tempatan (kat rumah sewa takde TV). Apa yang memeranjatkan penulis,iklan-iklan yang dipaparkan oleh stesen TV tempatan keterlaluan dengan iklan yang tidak sepatutnya ditayangkan seperti iklan separuh bogel dan model-model iklan yang menjolok mata. Tidak keterlaluan jika dikatakan paparan-paparan seperti ini akan merosakkan akhlak penonton, terutamanya para remaja.
Tidak hairanlah jika masalah kerosakan akhlak dikalangan anak muda semakin meningkat dan amat teruk dinegara kita. Kes rogol, anak luar nikah, sumbang mahram , buang anak amat membimbangkan. Salah satu punca ianya berlaku kerana paparan-paparan lucah sengaja dipertontonkan di mata masyarakat secara halal (istilah sendiri). dimanakah peranan pihak kerajaan?? macamana nak lahirkan generasi Ulul Albab (kononya)?? tiap waktu dan ketika masyarakat khususnya generasi muda dipertontonkan elemen negatif melalui media arus perdana nombor satu negara. Sehinggakan semasa rancangan kartun untuk kanak-kanak seperti 'sponge bob' , ' wonder pet',Cat & Dog etc.. iklan-iklan lucah turut ditayangkan untuk kanak-kanak. Serangan musuh-musuh islam amat halus sehinggakan tidak disedari umat islam dan berjaya merosakkan pemikiran generasi muda islam. lebih bahaya daripada serangan fizikal yang dilakukan rejim Zionis ke atas Palestin. Tambah parah apabila pihak kerajaan turut bersekongkol dengan membenarkan elemen-elemen negetif dihidangkan kepada masyarakat. fikir-fikirkanlah...

No comments:

jom sertai pas