Sunday, November 22, 2009

PAS dan UMNO sama ?

"PAS sama dengan UMNO", ungkapan yang selalu dilontarkan sejak akhir-akhir ini menggetarkan gegendang telinga aku. "Kalau macam ni la perangai pemimpin PAS baik masuk UMNO, takde bezanya",ungkapan penuh sinis menghangatkan cuping telinga."Kalau macam ni lah gayanya ISLAM takkan ditegakkan melalui politik". aku semakin panas, tetapi berpura-pura memekakkan telinga. Malas rasanya ingin berbahas dalam keadaan sekarang yang sememangnya berlakunya kemelut dikalangan pimpinan PAS.
Walaupun aku mempunyai hujah yang dikira agak kukuh akan tetapi sengaja disimpan. 'mungkin dia ni tak faham', bisik hati kecil aku. sampai waktu dan masa yang sesuai dia akan faham erti perjuangan sebenar yang tiada jalan mudah dan lurus. Aku kembali merenung sumbangan aku dalam jemaah yang lansung tidak menyumbang apa-apa. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mencari kembali momentum yang sekian lama hilang dalam perjuangan islam. Kemelut yang berlaku adalah teguran daripada Allah terhadap kealpaan pendokong islam sendiri ditambah dengan musuh-musuh islam yang semakin mengganas menyerang islam. buktinya serangan tersebut sudah mula meyusup masuk ke ruang pemikiran masyarakat yang sentiasa di 'Jamu' dengan agenda-agenda jahat melalui saluran media yang agak utuh untuk memesongkan pemikiran masyarakat untuk menolak islam.

PENJELASAN HUSAM

Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan. Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS. Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir. Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta. Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit. Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz. Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor. Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain. Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu? Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor. "Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..." Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini? Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan. Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan. Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan. Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti? Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..? Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian. Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;

Wednesday, November 11, 2009

Payahnya Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi Dinding

"Ditulis oleh : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya.
Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini.
Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut: “Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”. Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,”
rungut tiang. Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”
Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”
Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga. Sumber : TuanIbrahim
"
jom sertai pas