Sunday, June 8, 2008

LAMBAIAN UNITED KINGDOM

Sekeping surat tawaran menceritakan segala-galanya. Tawaran biasiswa penuh ke Kingston University merungkai segala persoalan. Cuma masalah yang timbul, adakah tawaran ini akan diterima? Adakah tawaran yang sememangnya menjadi kegilaan bijak pandai ini akan diterima dengan mudah? “OVERSEA” perkataan yang sangat sinonim, bukan sahaja dikalangan bijak pandai malah dikalangan ibubapa yang pasti merasa bangga jika anak mereka mendapat tawaran ini. Berbeza pula dengan sahabatku, tawaran ini tambah memeningkan insan yang bergelar ‘R’ ini, yang pastinya bukan “OVERSEA “ yang menjadi topik utama. Tetapi peranan kita sebagai Agen Perubah yakni sebagai DA’EI. Walau dimanapun kita berada, walaupun dimana kita dihantar oleh ALLAH s.w.t, ingatlah peranan kita sebagai khalifah. Jangan takut untuk membuat keputusan. Yang pastinya ada sebab kenapa anda perlu berada disana dan ada sebabnya kenapa anda perlu ada disini. Walaupun dimana kita berada, bumi ALLAH s.w.t tetap menjadi asas kita bertapak. Dan ingatlah anda adalah umat yang terbaik umat Nabi ALLAH Muhammad s.a.w. Yang Pasti Lambaian UK mempunyai maksud yang tersirat yang perlu dirungkai. Jangan biarkan ianya terkapai-kapai…..

2 comments:

AMIN AL-KALANTANI said...

Blog yang bagus. Saya cadangkan anda melawat blog saya di http://usahawankreatif.blogspot.com untuk mendapatkan tips-tips mencantikkan blog.

nafisatul ilmi said...

untuk yang tak dapat ke oversea... sumbangan anda amat diperlukan di kampus.. so.. jgn diamkan diri... bekerja keras... jadi daie' yang terbaik.. jaga islam dan jaga uthm..

jom sertai pas