Wednesday, January 14, 2009
Tuesday, January 13, 2009
Boikot Israel Berstrategi 6 Bulan!!! Sebarkan!!!
Ayuh...kita pakat ramai ramai memboikot barangan Israel secara besar-besaran...!!!
Ekonomi Israel wajib DILUMPUHKAN!!!
Perang Saraf ini harus berterusan sehingga musuh ini menghadapi masalah!!!
Bangkit dan lancarkanlah perang terhadap Israel!!!

.

BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH
Monday, January 12, 2009
Kegagalan Israel
Ketahuilah, Palestin kini secara politiknya ada dua bahagian, Genting Gaza (Gaza Strip) & Tebing Barat (West Bank).
Secara haknya, seluruh kawasan 'Israel' (secara tegas saya nyatakan negara ini tidak wujud) dan 2 bahagian ini ialah wilayah Palestin yang sebenar.
Bagaimana Gaza mendapat namanya?
Bayangkan kalau seluruh rakyat Pahang dihalau dan disuruh masuk ke kawasan Kuantan dan sekitarnya, maka akan terbentuklah Genting Kuantan. Maka, bandar terbesar di Genting ini ialah bandar Kuantan.
Begitulah juga dengan Gaza dengan bandar utamanya iaitu Gaza City. Gaza ni kecil sahaja, lebih kecil daripada Perlis, dan besar sikit daripada bandaraya Kuala Lumpur (ibu kota Malaysia).
Dulu apabila saya membaca kepadatan penduduk dunia, maka dikatakan kawasan terpadat di dunia ialah Macau la, Malta la, Monaco la. Rupanya Gaza lebih padat lagi. Bayangkan dalam kawasan sekecil tu, ada 1.5 juta orang penduduk!
Memang Israel hendak menjadikan Palestin sebagai ground Zero. Mungkin mereka telah 'berjaya' menghapuskan anak muda (setakat ini 30% terbunuh ialah kanak-kanak). Mungkin ramai wanita-wanita yang hilang suami dan sebaliknya.
Namun yang gagal dihalang Israel ialah;
i) dunia semakin tahu akan kedajalan Israel
ii) dunia semakin kenal watak jahat AS dan bagaimana badutnya Bush (dan Obama yang dua kali lima)
iii) dunia semakin tahu akan kehebatan HAMAS
iv) Gaza semakin terkenal
v) ummat dunia terutamanya Muslim bertambah sedar akan isu Palestin
Komen editor: Kita perlu sedar bahawa serangan Israel laknatullah terhadap Gaza merupakan isu kemanusiaan. Bayangkan sebuah 'tempat' kecil yang dikelilingi oleh tembok buatan Israel dan dipenuhi jutaan orang, diserang dengan kapal terbang perang, Apache dan kereta kebal. Bayangkan jika Kuala Lumpur (Gaza hanya sebesar Kuala Lumpur) diserang begitu oleh Israel. Sebab itulah kita dapat lihat response seluruh masyarakat dunia, tidak kira Muslim atau bukan Muslim.
* Firdaus Rahim merupakan salah seorang co-founders iLuvislam.com. Artikel ini disunting dari blog beliau, firdausrahim.iluvislam.com
Thursday, January 1, 2009
MAHASISWA MENGUTUK SERANGAN REJIM ZIONIS KE ATAS PALESTIN
Serangan demi serangan yang dilakukan rejim zionis terhadap Palestin telah membunuh ramai rakyat Awam Palestin yang tidak berdosa. kekejaman demi kekejaman yang dilakukan adalah yang terburuk sejak 1967. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera. ayuhlah mahasiswa islam kita lakukan apa yang termampu bagi membantu umat islam Palastin yang teraniaya. banyakkanlah berdoa demi kesejahteraan Rakyat Palastin, hulurkan sumbangan yang termampu, sertailah demontrasi aman bagi membantah keganasan ini.cuma itulah yang kita termampu. semoga Allah swt melindungan sahabat-sahabat seakidah di Palastin..
Subscribe to:
Posts (Atom)



Create a MySpace Playlist at MixPod.com



