Tuesday, January 13, 2009

Boikot Israel Berstrategi 6 Bulan!!! Sebarkan!!!

Ayuh...kita pakat ramai ramai memboikot barangan Israel secara besar-besaran...!!!

Ekonomi Israel wajib DILUMPUHKAN!!!

Perang Saraf ini harus berterusan sehingga musuh ini menghadapi masalah!!!

Bangkit dan lancarkanlah perang terhadap Israel!!!

.
BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

Monday, January 12, 2009

Kegagalan Israel

Ketahuilah, Palestin kini secara politiknya ada dua bahagian, Genting Gaza (Gaza Strip) & Tebing Barat (West Bank). Secara haknya, seluruh kawasan 'Israel' (secara tegas saya nyatakan negara ini tidak wujud) dan 2 bahagian ini ialah wilayah Palestin yang sebenar. Bagaimana Gaza mendapat namanya? Bayangkan kalau seluruh rakyat Pahang dihalau dan disuruh masuk ke kawasan Kuantan dan sekitarnya, maka akan terbentuklah Genting Kuantan. Maka, bandar terbesar di Genting ini ialah bandar Kuantan. Begitulah juga dengan Gaza dengan bandar utamanya iaitu Gaza City. Gaza ni kecil sahaja, lebih kecil daripada Perlis, dan besar sikit daripada bandaraya Kuala Lumpur (ibu kota Malaysia).

Dulu apabila saya membaca kepadatan penduduk dunia, maka dikatakan kawasan terpadat di dunia ialah Macau la, Malta la, Monaco la. Rupanya Gaza lebih padat lagi. Bayangkan dalam kawasan sekecil tu, ada 1.5 juta orang penduduk! Memang Israel hendak menjadikan Palestin sebagai ground Zero. Mungkin mereka telah 'berjaya' menghapuskan anak muda (setakat ini 30% terbunuh ialah kanak-kanak). Mungkin ramai wanita-wanita yang hilang suami dan sebaliknya. Namun yang gagal dihalang Israel ialah; i) dunia semakin tahu akan kedajalan Israel ii) dunia semakin kenal watak jahat AS dan bagaimana badutnya Bush (dan Obama yang dua kali lima) iii) dunia semakin tahu akan kehebatan HAMAS iv) Gaza semakin terkenal v) ummat dunia terutamanya Muslim bertambah sedar akan isu Palestin Komen editor: Kita perlu sedar bahawa serangan Israel laknatullah terhadap Gaza merupakan isu kemanusiaan. Bayangkan sebuah 'tempat' kecil yang dikelilingi oleh tembok buatan Israel dan dipenuhi jutaan orang, diserang dengan kapal terbang perang, Apache dan kereta kebal. Bayangkan jika Kuala Lumpur (Gaza hanya sebesar Kuala Lumpur) diserang begitu oleh Israel. Sebab itulah kita dapat lihat response seluruh masyarakat dunia, tidak kira Muslim atau bukan Muslim.

* Firdaus Rahim merupakan salah seorang co-founders iLuvislam.com. Artikel ini disunting dari blog beliau, firdausrahim.iluvislam.com

Thursday, January 1, 2009

MALAM INTIFADHAH PALESTIN 2009 & Kutipan Dana 1 Juta Untuk Gaza

Demonstrasi Bantah Israel!!! : 2 Jan, Masjid Sultan Abu Bakar, Jb

MAHASISWA MENGUTUK SERANGAN REJIM ZIONIS KE ATAS PALESTIN

Serangan demi serangan yang dilakukan rejim zionis terhadap Palestin telah membunuh ramai rakyat Awam Palestin yang tidak berdosa. kekejaman demi kekejaman yang dilakukan adalah yang terburuk sejak 1967. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera. ayuhlah mahasiswa islam kita lakukan apa yang termampu bagi membantu umat islam Palastin yang teraniaya. banyakkanlah berdoa demi kesejahteraan Rakyat Palastin, hulurkan sumbangan yang termampu, sertailah demontrasi aman bagi membantah keganasan ini.cuma itulah yang kita termampu. semoga Allah swt melindungan sahabat-sahabat seakidah di Palastin..

Thursday, December 4, 2008

AKUKAH YANG JUMUD??

Penulis terbaca satu buletin yang dikirimkan oleh seorang siswi yang merupakan sebuah lawak yang berunsur lucah dalam ruangan buletin friendster, yg memalukan yg mengirimkan post tersebut adalah siswi, yang membacanya seantero dunia..bertudung kelihatan ok je(rupa-rupanya siswi ni MPP Aspirasi sebuah universiti tempatan).tergerak dihati penulis untuk memberi komen pada post tersebut, tetapi apabila ditegur, penulis pulak di tuduh berfikiran sempit,Jumud, lurus bendul..aduh..terlintas diruangan pemikiran minda kurniaan Ilahi ini..akukah yang jumud????? nampaknya agenda yahudi dan musuh islam berjaya mengotorkan minda umat islam,dan sasaran utama ialah golongan cerdik pandai ataupun mereka yang bergelar mahasiswa. daripada sekecil-kecil perkara sehinggakan kepada sebesar perkara, sehinggakan mahasiswa khususnya tidak dapat membezakan yang haq dan batil. sebagai contoh soal kapel, isu besar yg dianggap biasa, impaknya dapat dilihat hari ni, berapa ramai anak luar nikah yang dilahirkan??semuanya berpunca daripada kapel. pernah satu ketika penulis menegur seorang kawan yang dah lama kenal, seorang yg baik akhlaknya atau bahasa klate "bejuruh", seorang pelajar cemerlang. apabila masuk je universiti terus cari pasangan. tapi apabila ditegur, melenting terus putus kawan..menyedihkan..tu belum isu besar yang melibatkan isu negara, ideologi Sekularisme yang melanda politik negara , islam dipinggirkan oleh umat islam sendiri..rakyat rosak teruk..pemimpin korupsi diagung-agungkan..ulama' dicaci dihina..hiburan melampau...kalau nak tulis semua memang banyak sangat..tetapi hakikatnya agenda musuh islam semakin berjaya dilaksanakan di Malaysia..siapakah yang jumud sebenarnya????..perkataan yang masih terngiang-ngiang di fikiran penulis...
jom sertai pas