Sunday, September 27, 2009

TOK GURU "Umara' sepanjang zaman"

Tatkala membaca artikel daripada Malaysia Kini, darah tiba-tiba berderau dengan kenyataan yang kurang ajar daripada Ahli Parlimen Pasir Mas , Ibrahim Ali. Saya percaya bukan setakat saya, malah seluruh rakyat kelantan bahkan rakyat Malaysia am nya mengutuk kenyataan Ibrahim Ali (crazy frog) yang terlalu celupar. kenyataan bahawa Tuan Guru tidak menjalankan tugas sebagai menteri besar adalah tidak berasas sama sekali dan beliau seharusnya lebih 'celik' dengan perubahan yang berlaku di Kelantan. Kenyataan itu hanyalah berunsur Provokasi Ibrahim yang sememngnya mempunyai agenda politik murahan yang ditolak rakyat bahkan UMNO BN sendiri. Kewibawaan Tuan Guru dalam memimpin Kelantan dikagumi oleh lawan bahkan pemimpin luar negara. berikut adalah sorotan artikel yang di 'copy paste' dari laman Malaysia Kini.
Nik Aziz jawab cabaran Ibrahim Ali
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.
Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.
Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.
Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.
Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.
Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.
"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.
jom sertai pas