“Ana baru pulang daripada Amerika Selatan dan singgah untuk bermalam disini dalam beberapa hari ni, dua bulan ana berada disana”, seloroh Dr Ibrahim, menghapuskan lamunan ku, aku sengaja mengerutkan kening sambil menganguk-nganguk menandakan aku memberikan perhatian kepada perbualan kami.bagi menjaga hati beliau .walhal aku sedang mengelamun..
“Oh Dr baru pulang dari Amerika Selatan, Dr buat ap disana”. Aku sengaja menghangatkan sesi perbualan,walaupun aku sebenarnya sudah dapat mengagak apa yang dilakukan Dr Ibrahim dan teamnya di salah satu benua yang terkenal dengan kehebatan Negara-negara yang menguasai bola sepak dunia. Siapa yang tak kenal brazil, argentina , Paraguay, Colombia dan seangkatan dengannya.
“ Tanggungjawab”, jawapan yang cukup ringkas, namun sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan. Kira-kira 23 billion neuron didalam otak ku mula bertindak menghasilkan cas-cas elektrik dan neurotransmitters. Tindak balas normal otak apabila mencari penyelesaian kepada sesuatu persoalan. mustahil Dr Ibrahim kesana sebagai petugas bantuan ataupun pegawai perubatan, setahu aku kat Amerika Selatan tak berlaku bencana alam dalam waktu terdekat ataupun peperangan. Yang pastinya yang sedang bergolak adalah kekejaman zionis ke atas Palestin. Umat islam Palestin pada waktu ini sangat-sangat memerlukan bantuan, samaada makanan ataupun perubatan. Dan yang pastinya Palestin bukanya berada di Amerika selatan.
“ana bersama sahabat-sahabat yang lain menjalankan misi dakwah, menyebarkan agama Allah, membawa manusia kepada ajaran islam yang sebenar”, Dr Ibrahim neneruskan bicara.segalanya telah terjawab, apa yang aku agak dari awal tadi memang benar. Aku menjeling dengan ekor mata ke bahagian belakang surau, kelihatan timbunan beg, cukup banyak. Menggambarkan mereka baru pulang dari bermusafir di suatu tempat yang jauh.
“ disana Dr buat kerja dakwah kat negara mana, Brazil ke”, aku sengaja mengemukakan soalan untuk mewujudkan interaksi dua hala.
“nta ni, kat Amerika Selatan nun banyak negara, nta tau Brazil saje ke,” balas beliau. Tajam sungguh jawapan yang diberikan, menusuk-nusuk ke lubuk hati.
“ Surinam, sebuah negara kecil di amerika selatan, dahulunya negara ni majoriti penduduknya mengganut agama islam tetapi akibat kurangnya penghayatan islam dan perubahan masa yang agak panjang, nilai-nilai islam mula terhakis. Islam hanya pada nama. Penghayatan islam yang tidak berlandaskan ilmu meghasilkan kesesatan. Nta tau tak kat sana terdapat dua arah kiblat, cukup menggambaran kebejatan islam yang berlaku” cukup panjang kata-kata Dr ibrahim. Namun penjelasan itu menghasilkan persoalan didalam diriku. Kenapa perlu berdakwah nun jauh disana. Sedangkan di negara kita sendiri agak teruk , keruntuhan akhlak menjadi-jadi, islam dipinggirkan, hukum islam dipersendakan, pemimpin yang jahil dan zalim di agung-agungkan, ulama’ dipersendakan, terlalu banyak kebobrokan yang berlaku di negeri tumpah darahku. Bukankah lebih utama menjalankan kerja-kerja islam di tanah air sendiri?. Aku bermonolog sendiri, namun aku biarkan ianya berlalu pergi.
“masyarakat kat sana terdiri daripada orang jawa” kata-kata Dr Ibrahim cukup mengejutkan aku. Cukup jauh orang jawa merantau. Setahu aku, dan semangnya cukup-cukup tahu kat johor cukup ramai orang jawa. Tiba-tiba terbayang wajah Arip, rakan serumahku merangkap anak johor tulen tapi tak pasti pulak dia ni orang jawa ke tak. Biasanya orang jawa suka makan tempe, tapi budak ni tak suka makan tempe, bukti kukuh yang menunjukkan Arip bukan orang jawa. Tapi tak semestinya tak suka makan tempe bukan orang jawa. Jehe orang kelantan suka makan budu, tapi zupi orang terengganu pun suka makan budu. Ameq,Orang kedah suka makan Toyu. Tapi Hasri orang Pahang semua dia suka, suka rasa. Kesimpulannya makanan kegemaran tidak cukup membuktikan identiti keturunan seseorang. Apa yang aku merepek ni, aku sudah jauh menyimpang dari tajuk asal.
“orang jawa ni sebenarnya berasal dari tanah jawa, mereka dibawa oleh orang eropah ke Amerika Selatan untuk dijadikan buruh, dan pada masa tu mereka ni beragama islam,” Dr
Ibrahim menyambung perbualan. Merungkai persoalan yang bermain dibenak fikiranku.
“selama dua bulan ana kat sana, keadaan dah teruk sangat, agama kristian pun dah mula bertapak, semakin hari semakin ramai orang islam dimurtadkan, Akidah mereka sangat rapuh, serapuh-rapuhnya. Ana sangat sedih melihat keadaan disana, kalau kami yang tak mengambil peranan ni siapa lagi”, Dr Ibrahim terus mengulas.kalau nak diikutkan isu murtad di Malaysia pun sangat teruk. Saban hari dicatatkan kadar kes murtad dinegara kita amat membimbangkan cumanya tidak di hebahkan media. Teringat kes permohonan Azlina Jailani yang memohon untuk tukar agama suatu ketika dulu yang menggegarkan seluruh negara. Agama-agama lain sudah berani mencabar agama Islam,. Dimana silapnya??? Bukan sahaja di Surinam malah dimalaysia lebih teruk. Kalau di Surinam a.k.a Amerika Selatan boleh di maafkan sebab mereka memang tak dikenali sebagai negara islam. Tetapi Malaysia yang kononya sebuah negara islam amat teruk dilanda taufan yang merosakkan akidah masyarakatnya.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu, baru aku teringat tadi aku datang surau dengan Faisal membonceng motosikalnya. Diluar kelihatan Faisal dengan muka tensen sedang menunggu sesuatu. Arip dan abangnya Hasri sudah lama berlalu pulang selepas selesai bersalaman dengan ahli surau.
“ok lah Dr ana balik dulu ada kerja sikit kat rumah, nanti kalau ada masa kita jumpa boleh sembang lagi” aku meminta diri untuk beredar sambil membanyangkan muka faisal yang tensen yang sedang menunggu diatas kapcainya diluar surau.
“ Boleh bagi nombor talifon nta tak, ingat pagi esok ana nak ziarah rumah nta, boleh kita sembang panjang lebar”. Belum sempat aku beredar Dr Ibrahim meminta nombor contact. Dan yang pastinya episod pertemuan ini tidak akan tamat disini sahaja. Dan juga aku teringatkan keadaan rumah yang huru hara, bersimpang siur, sememangnya sudah lama aku merancang untuk mengadakan gotong royong tetapi sampai sekarang belum dilaksanakan. Apakah mentaliti Dr Ibrahim apabila melihat rumah kami dalam keadaan macam tu. Kalau betullah kena buat gotong royong Ad Hoc ni. Bisik hatiku.
Sambil berjalan keluar aku membayangkan apakah lauk yang dimasak oleh Jehe dan Zupi. Suatu perkara yang pasti tiada lagi ikan kering, tiada lagi ikan pekasam. Masakan Jehe tiba-tiba sahaja berubah setelah episod pertama kisah ini dipaparkan. Daus dan Ameq tidak lagi bertegang urat dengan mereka. “zuhud bukan bermaksud kita meninggalkan terus dunia, tetapi jangan sampai kita terpaut dengan dunia”, ujar zupi amat berbeza dengan sebelum ini. Yang pasti perubahan ini membuatkan Daus dan Ameq tersenyum lebar. Diharapkan perubahan ini berkekalan.
Fikirkan ku juga terbayangkan apa yang dibualkan dengan Dr Ibrahim, terlalu banyak input yang diperoleh. Deruan enjin kapcai semakin menghilang meninggalkan Surau Al-Ikhwan menuju ke Baitul Qura’.. (TAMAT)