Wednesday, December 2, 2009
Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama
Sunday, November 22, 2009
PAS dan UMNO sama ?
PENJELASAN HUSAM
Wednesday, November 11, 2009
Payahnya Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi Dinding
Thursday, October 15, 2009
Pantun Khairy untuk Pakatan Rakyat dari PWTC
Pantun Khairy Untuk Pakatan Rakyat Di PWTC
Anak Batak mudik bergalah Digigit nyamuk habis lebam Pakatan retak menanti belah Remuk di dalam dipendam-pendam
Batang cempedak pohon pedada Buah peria di dalam dulang Pakatan pembangkang temberang belaka Janji bak lidah tidak bertulang
Riuh-rendah di pintu muara Lebai Kassim membuka silat Pembangkang gian tamakkan kuasa Batu api perpecahan rakyat
……………………………………………
Daun mengkudu di atas dulang Anak udang mati dituba Negara berpecah pembangkang girang Demi kuasa dan tamak haloba
Pergi berburu nun ke sempadan Dapat kancil kongsi bersama Selagi hayat dikandung badan Pemuda kekal pertahankan negara
Petikan dari “Di Persimpangan Jalan Perjuangan” oleh Khairy Jamaluddin
Wednesday, October 14, 2009
Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral – TGNA
MCA lebih pandai menilai kualiti pemimpin berbanding Umno
Umno disaran mempelajari cara berpolitik dari MCA, iaitu menolak pemimpin yang tidak mempunyai moral dan terlibat dengan pelbagai skandal.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selama ini orang cina lebih pandai berpolitik berbanding dengan cara politik orang melayu Umno.
“Cara MCA berpolitik lebih pandai berbanding dengan Umno, dengan menolak Presiden dan Timbalan Presdiennya kerana terlibat dengan rasuah dan skandal dengan wanita.
“Saya puji MCA, cara mereka menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan tidak mengunakan kekerasan,” katanya.
“MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah),” katanya lagi.
Ujarnya, keadaan ini sangat memalukan lebih lebih lagi sebagai parti orang Melayu dan mengaku beragama Islam, Umno sepatutnya lebih memahami nilai-nilai murni agama berbanding MCA.MCA ujarnya walaupun sebuah parti kaum Cina, faham dan tahu membuat penilaian untuk kepntingan parti mereka.
“Umno yang mengaku bahawa Isa Samad terlibat dengan rasuah tetapi Umno masih pilih lagi dia sebagai calon dan menang dengan majoriti yang banyak, jadi di mana duduknya moral politik Umno?,” soalnya. Tuan Guru menambah, selepas krisis dalam MCA selesai, mereka akan berasa jijik untuk bersama dengan Umno, kerana Umno bersama dengan parti yang menerima bulat-bulat pemimpin yang tidak bermoral.“Mana boleh orang bersih duduk sekali dengan orang yang kotor. Kalau sayalah, bersih nak duduk sekali dengan orang, busuk mana boleh. Kalau MCA ada moral dia tak boleh berkawan dengan Umno Umno yang tak bermoral,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemui oleh wartawan di Bilikan Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, semalam.Harakah
Tuesday, October 13, 2009
Satu Muhasabah... .
Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya. Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu. .mengadu padaNya..? Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil... Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerindua n)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid.... Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya.. Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhk an sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa.. ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu.. ABi (Ustaz Mohd Nor) http://takwinfardil muslim.blogspot. com/2009/ 08/satu-muhasaba h.html
Monday, October 5, 2009
"GEMPAR"-Bukti Penyokong PAS Ganas.
Pertama kali melihat gambar ni saya terkejut, sebelum ini saya tidak percaya bahawa penyokong PAS membelasah ketua putera UMNO, akan tetapi setelah melihatnya sendiri memang terbukti kenyataan dato Azeez bahawa beliau dibelasah sampai patah tengkuk memang betul.
Memang benar ketua Putera UMNO dipukul. Ini bukti gambarnya.Tolong sebarkan !!!
Kami kagum Ketua Putera Umno iaitu Abdul Azeez masih bernyawa dan sanggup berkorban untuk orang lain(Lihat gambar,Abdul Azeez masih boleh berjalan dgn ‘macho’ walaupun setelah dibelasah).Kami di Baganutama berbangga dapat merakam aksi samseng penyokong PAS.Datuk Abdul Azeez boleh amik gambar ini sebagai bukti rekod bagi mendakwa 20 orang penyokong PAS yang bertindak liar itu.Kami tidak minta royalti untuk tiga gambar ini.Kami juga mohon maaf kerana tidak bantu Datuk.Semoga Datuk cepat sembuh.
sumber :pinkturtle2.wordpress.com
Sunday, October 4, 2009
SAY NO TO "ISA" Samad
'RED WARRIOR' MENE PULOK ..
Sunday, September 27, 2009
TOK GURU "Umara' sepanjang zaman"
Wednesday, May 20, 2009
menerobos alam realiti
Friday, April 3, 2009
Berakhirnya teori R.A.H.M.A.N
Tuesday, March 31, 2009
Bisikan Laut China Selatan
Sunday, March 29, 2009
UKHWAH BILA MUSIBAH
Monday, March 23, 2009
KAU MURABBI BUKAN SELEBRITI!
Seorang sahabat mengesyorkan satu artikel kepada penulis.sangat menarik, sesuai dengan keadaan dan situasi di kampus.sama-samalah kita hayati dan fikir-fikirkanlah..
“Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?” tanya Pak Long pada satu hari. Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.
“Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu… betul-betul sudah kau amalkan?” Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati… malah saya takuti (kadang-kadang).
“Jangan hanya berharap, berusaha!” pintas Pak Long. “Insya-Allah,” jawab saya pendek.
Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.
“Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.”
“Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih ‘real’ daripada apa yang dialami orang lain.”
“Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan.” “Kenapa Pak Long?” “Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri.” “Kenapa Pak Long?” Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.
“Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci… muhasabahlah diri masing-masing.” “Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?”
“Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya ‘lebih sempurna’ sedikit daripada golongan yang diserunya.” “Kalau tidak?” “Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani… tidak seperti yang mereka harapkan.” “Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!”“Hujah lama,” balas Pak Long. “Tapi masih relevan… Pak Long,” saya seakan merayu. “Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana… Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”
Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu ‘melawan’. Pak Long bukan guru - kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’ - prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.
“Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?” “Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim…”
“Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib…siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?” “Islam Pak Long,” saya akur. Tunduk. “Ya, itulah maksud Pak Long… pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. “ “Terimakasih Pak Long… selalu-selalulah ingatkan saya.” “Ingat pesanan Pak Long ni… pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!”(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih ‘menikam’ saya!)
http://genta-rasa.com
Sunday, March 15, 2009
AKUARIUM SEBUAH PERJUANGAN
Thursday, March 12, 2009
ANAK NELAYAN PELAJAR TERBAIK SPM GAPAI 20A
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.
Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.
"Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.
Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).
Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.
Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).
Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.
"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.
Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.
"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau. - mj
Tuesday, March 10, 2009
SELOKA PENDEKAR MELAYU
Saturday, March 7, 2009
Monday, March 2, 2009
Pendirian Kelab Iqra UTHM berkaitan isu pembinaan masjid baru
Putrajaya, 26 Feb – Presiden Kelab Iqra UTHM saudara Mohd Hadi Bin Abd Rahman bersama wakil Pro Mahasiswa UTHM telah membuat keputusan untuk turun bertemu Menteri Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan sendiri surat rayuan berkaitan isu pembinaan masjid baru UTHM. Tujuan surat itu di berikan adalah tidak lain tidak bukan sebagai simbol rayuan di peringkat mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia supaya pembinaan masjid UTHM tetap di bina di tapak yang asal. Sebelum ini isu pembinaan masjid telah di anggap selesai memandang hampir 90% mahasiswa dan staf warga kampus bersetuju masjid di bina di tapak asal.
Namun sedikit mendukacitakan apabila mengetahui ura-ura perubahan tempat lokasi pembinaan masjid baru tersebut. Justeru itu, Kelab Iqra berpendirian bahawa perkara ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi. Rombongan yang terdiri daripada Presiden Kelab Iqra, ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM dan aktivis Iqra tiba di Kementrian Pengajian Tinggi pada jam 12 tengahari. Walaubagaimanapun sedikit rasa terkilan kerana ketiadaan menteri dan surat rayuan hanya dapat di serah kepada pegawai yang bekerja di pejabat tersebut..
KONSERT JERITAN PALESTIN
Thursday, February 19, 2009
BERMULANYA SATU KISAH (episod akhir)…
“Ana baru pulang daripada Amerika Selatan dan singgah untuk bermalam disini dalam beberapa hari ni, dua bulan ana berada disana”, seloroh Dr Ibrahim, menghapuskan lamunan ku, aku sengaja mengerutkan kening sambil menganguk-nganguk menandakan aku memberikan perhatian kepada perbualan kami.bagi menjaga hati beliau .walhal aku sedang mengelamun..
“Oh Dr baru pulang dari Amerika Selatan, Dr buat ap disana”. Aku sengaja menghangatkan sesi perbualan,walaupun aku sebenarnya sudah dapat mengagak apa yang dilakukan Dr Ibrahim dan teamnya di salah satu benua yang terkenal dengan kehebatan Negara-negara yang menguasai bola sepak dunia. Siapa yang tak kenal brazil, argentina , Paraguay, Colombia dan seangkatan dengannya.
“ Tanggungjawab”, jawapan yang cukup ringkas, namun sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan. Kira-kira 23 billion neuron didalam otak ku mula bertindak menghasilkan cas-cas elektrik dan neurotransmitters. Tindak balas normal otak apabila mencari penyelesaian kepada sesuatu persoalan. mustahil Dr Ibrahim kesana sebagai petugas bantuan ataupun pegawai perubatan, setahu aku kat Amerika Selatan tak berlaku bencana alam dalam waktu terdekat ataupun peperangan. Yang pastinya yang sedang bergolak adalah kekejaman zionis ke atas Palestin. Umat islam Palestin pada waktu ini sangat-sangat memerlukan bantuan, samaada makanan ataupun perubatan. Dan yang pastinya Palestin bukanya berada di Amerika selatan.
“ana bersama sahabat-sahabat yang lain menjalankan misi dakwah, menyebarkan agama Allah, membawa manusia kepada ajaran islam yang sebenar”, Dr Ibrahim neneruskan bicara.segalanya telah terjawab, apa yang aku agak dari awal tadi memang benar. Aku menjeling dengan ekor mata ke bahagian belakang surau, kelihatan timbunan beg, cukup banyak. Menggambarkan mereka baru pulang dari bermusafir di suatu tempat yang jauh.
“ disana Dr buat kerja dakwah kat negara mana, Brazil ke”, aku sengaja mengemukakan soalan untuk mewujudkan interaksi dua hala.
“nta ni, kat Amerika Selatan nun banyak negara, nta tau Brazil saje ke,” balas beliau. Tajam sungguh jawapan yang diberikan, menusuk-nusuk ke lubuk hati.
“ Surinam, sebuah negara kecil di amerika selatan, dahulunya negara ni majoriti penduduknya mengganut agama islam tetapi akibat kurangnya penghayatan islam dan perubahan masa yang agak panjang, nilai-nilai islam mula terhakis. Islam hanya pada nama. Penghayatan islam yang tidak berlandaskan ilmu meghasilkan kesesatan. Nta tau tak kat sana terdapat dua arah kiblat, cukup menggambaran kebejatan islam yang berlaku” cukup panjang kata-kata Dr ibrahim. Namun penjelasan itu menghasilkan persoalan didalam diriku. Kenapa perlu berdakwah nun jauh disana. Sedangkan di negara kita sendiri agak teruk , keruntuhan akhlak menjadi-jadi, islam dipinggirkan, hukum islam dipersendakan, pemimpin yang jahil dan zalim di agung-agungkan, ulama’ dipersendakan, terlalu banyak kebobrokan yang berlaku di negeri tumpah darahku. Bukankah lebih utama menjalankan kerja-kerja islam di tanah air sendiri?. Aku bermonolog sendiri, namun aku biarkan ianya berlalu pergi.
“masyarakat kat sana terdiri daripada orang jawa” kata-kata Dr Ibrahim cukup mengejutkan aku. Cukup jauh orang jawa merantau. Setahu aku, dan semangnya cukup-cukup tahu kat johor cukup ramai orang jawa. Tiba-tiba terbayang wajah Arip, rakan serumahku merangkap anak johor tulen tapi tak pasti pulak dia ni orang jawa ke tak. Biasanya orang jawa suka makan tempe, tapi budak ni tak suka makan tempe, bukti kukuh yang menunjukkan Arip bukan orang jawa. Tapi tak semestinya tak suka makan tempe bukan orang jawa. Jehe orang kelantan suka makan budu, tapi zupi orang terengganu pun suka makan budu. Ameq,Orang kedah suka makan Toyu. Tapi Hasri orang Pahang semua dia suka, suka rasa. Kesimpulannya makanan kegemaran tidak cukup membuktikan identiti keturunan seseorang. Apa yang aku merepek ni, aku sudah jauh menyimpang dari tajuk asal.
“orang jawa ni sebenarnya berasal dari tanah jawa, mereka dibawa oleh orang eropah ke Amerika Selatan untuk dijadikan buruh, dan pada masa tu mereka ni beragama islam,” Dr
Ibrahim menyambung perbualan. Merungkai persoalan yang bermain dibenak fikiranku.
“selama dua bulan ana kat sana, keadaan dah teruk sangat, agama kristian pun dah mula bertapak, semakin hari semakin ramai orang islam dimurtadkan, Akidah mereka sangat rapuh, serapuh-rapuhnya. Ana sangat sedih melihat keadaan disana, kalau kami yang tak mengambil peranan ni siapa lagi”, Dr Ibrahim terus mengulas.kalau nak diikutkan isu murtad di Malaysia pun sangat teruk. Saban hari dicatatkan kadar kes murtad dinegara kita amat membimbangkan cumanya tidak di hebahkan media. Teringat kes permohonan Azlina Jailani yang memohon untuk tukar agama suatu ketika dulu yang menggegarkan seluruh negara. Agama-agama lain sudah berani mencabar agama Islam,. Dimana silapnya??? Bukan sahaja di Surinam malah dimalaysia lebih teruk. Kalau di Surinam a.k.a Amerika Selatan boleh di maafkan sebab mereka memang tak dikenali sebagai negara islam. Tetapi Malaysia yang kononya sebuah negara islam amat teruk dilanda taufan yang merosakkan akidah masyarakatnya.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu, baru aku teringat tadi aku datang surau dengan Faisal membonceng motosikalnya. Diluar kelihatan Faisal dengan muka tensen sedang menunggu sesuatu. Arip dan abangnya Hasri sudah lama berlalu pulang selepas selesai bersalaman dengan ahli surau.
“ok lah Dr ana balik dulu ada kerja sikit kat rumah, nanti kalau ada masa kita jumpa boleh sembang lagi” aku meminta diri untuk beredar sambil membanyangkan muka faisal yang tensen yang sedang menunggu diatas kapcainya diluar surau.
“ Boleh bagi nombor talifon nta tak, ingat pagi esok ana nak ziarah rumah nta, boleh kita sembang panjang lebar”. Belum sempat aku beredar Dr Ibrahim meminta nombor contact. Dan yang pastinya episod pertemuan ini tidak akan tamat disini sahaja. Dan juga aku teringatkan keadaan rumah yang huru hara, bersimpang siur, sememangnya sudah lama aku merancang untuk mengadakan gotong royong tetapi sampai sekarang belum dilaksanakan. Apakah mentaliti Dr Ibrahim apabila melihat rumah kami dalam keadaan macam tu. Kalau betullah kena buat gotong royong Ad Hoc ni. Bisik hatiku.
Sambil berjalan keluar aku membayangkan apakah lauk yang dimasak oleh Jehe dan Zupi. Suatu perkara yang pasti tiada lagi ikan kering, tiada lagi ikan pekasam. Masakan Jehe tiba-tiba sahaja berubah setelah episod pertama kisah ini dipaparkan. Daus dan Ameq tidak lagi bertegang urat dengan mereka. “zuhud bukan bermaksud kita meninggalkan terus dunia, tetapi jangan sampai kita terpaut dengan dunia”, ujar zupi amat berbeza dengan sebelum ini. Yang pasti perubahan ini membuatkan Daus dan Ameq tersenyum lebar. Diharapkan perubahan ini berkekalan.
Fikirkan ku juga terbayangkan apa yang dibualkan dengan Dr Ibrahim, terlalu banyak input yang diperoleh. Deruan enjin kapcai semakin menghilang meninggalkan Surau Al-Ikhwan menuju ke Baitul Qura’.. (TAMAT)
Saturday, February 14, 2009
BERMULANYA SATU KISAH (episod 1)…
Create a MySpace Playlist at MixPod.com